Selasa, 10 Mac 2009

Nasihat kepada pelajar saya

Saya menasihati anak murid saya supaya tidak menjual apatahlagi membuang buku-buku teks berkaitan dengan perakaunan. Saya menekankan kepentingan ilmu dan kegunaan buku tersebut di masa hadapan. Saya memberi contoh di mana salah seorang bekas pelajar saya menelefon saya bertanyakan masalah perakaunan akibat ketiadaan buku rujukan (kerana buku-buku teks tersebut diwariskan kepada "junior-junior"nya).
.
Tiba-tiba seorang pelajar bertanya
"Encik Zool simpan ke buku-buku En Zool masa Diploma dulu?".
.
Saya menjawab,
"Tak. Saya bagi kat "ex-awek" saya. Tapi last-last kawin dengan orang lain. Hmm awak semua ni jangan bercinta bagai nak gila masa belajar ni. Buang karan je. Bla, bla, bla, bla..........".
.
Dan bebelan itu berterusan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

should also advise yr students..
convince your gf that you love her when she said someone else proposed... cause if you tell her, "if you had better opportunity, u may go", she may thought that you "don't mind"... such ego-mind will not rescue but harm the relationship. It was.

ZOOL@TOD berkata...

Itulah yang cuba saya tekankan, bercinta ketika tidak matang, takut-takut lebih kepada cinta nafsu atau sekadar terikut-ikut dengan rakan-rakan lain yang sibuk bercinta.