Hari ini hari lahir Aliyatul Batrisya yang ke 8. Saya merancang untuk mengadakan majlis ringkas (kami sekeluarga sahaja).
Eisya banyak mewarisi sifat Wardah walaupun Eisya lebih rapat dengan saya. Sebelum tidur dia akan menyiapkan semua tugasan sekolahnya dan menyusun buku mengikut jadual waktu kelasnya. Kemudian dia akan meletakkan beg sekolahnya di tepi pintu masuk (pintu depan).
Ada masanya Eisya agak liat untuk melakukan sesuatu apabila disuruh. tetapi dengan "jelingan" Wardah, Eisya akan akur (Eisya lebih "menggeruni" Wardah berbanding saya). Eisya seorang budak yang "talkative", ada saja perkara untuk ditanya atau diceritakan kepada saya atau Wardah.
Saya doakan semoga Eisya sihat, sejahtera dan menjadi manusia berguna (taat perintah Allah, taat kepada ibubapa dan memberi sumbangan kepada masyarakat). Amin.
Kepada Eisya, Selamat Hari Lahir.

3 ulasan:
Happy birthday to Eisya...moga sihat dan ceria selalu..
happy birthday eisya.. supposedly her umi also should be credited he he he.. talkative.. rajin.. brilliant just like her auntie (umi).. so proud to have a well-mannered and brainy anak sedara like eisya.. muahah!
Ye le tu Ummi, masuk lif tekan sendiri.
Apa pun I'm very proud of you, adik abang cik yang utama le katakan....
Catat Ulasan