Sabtu, 30 Januari 2010

Hukum mencaci isteri-isteri nabi SAW.


SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer minta dibicarakan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Tertuduh, Khairulnizam Abdul Ghani, 29, didakwa menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik di dalam blognya satu artikel bertajuk ‘Dah mampos buat cara mampos la’ oleh Aduka Taruna.

Saya memang terkilan bila membaca artikel-artikel yang ditulis secara membuta-tuli dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat yang jauh menyimpang dari adat ketimuran mahupun budaya Islam. Dan tambah menyakitkan hati bila membaca artikel si penulis (yang nyata jahil) yang secara terang-terangan mencerca isteri Rasulullah SAW, Imam Shafei dan para ulama'.

Saya sedikit pun tidak simpati dengan gambar di atas, malah saya rasakan hukuman yang bakal diterima oleh si penulis terlalu ringan berbanding caci-maki yang telah dilontarkan kepada beberapa individu terutamanya isteri Rasulullah SAW.

Hukum mencaci isteri-isteri nabi SAW.

" sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang jujur lagi beriman (dari zina) mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". (Surah An Nur : ayat 23).

Kata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah, "ramai ulama' berpendapat bahawa ayat di atas diturunkan khas berkaitan isteri-isteri nabi SAW.

Ibnu Abbas RA mentafsirkan ayat ini bahawa ianya khusus kepada Siti Aisyah dan seluruh isteri Nabi yang lain. Walaupun di dalam ayat ini tidak dinyatakan tentang perlunya diberi peluang bertaubat, Ibnu Abbas RA menyatakan bahawa dalam ayat yang lain Allah meminta 4 saksi bagi setiap tuduhan salah bagi wanita mukminah, jika tidak dinyatakan, mereka perlu bertaubat.

Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata bahawa Al Qadi Abu Ya'laa berkata " orang yang mencaci Siti Aisyah dengan tuduhan yang mana Allah telahpun membersihkannya daripada tuduhan itu, kufurlah ia, tidak dipertikaikan lagi hukumnya dan telah pun ijma' tentang perkara ini".

Diriwayatkan daripada Imam Malik " orang yang mencaci Abu Bakar RA disebat dan orang yang mencaci Siti Aisyah dibunuh". Ditanya apa bezanya? Jawab Imam Malik, "Sesiapa yang menuduhnya, dia telah menyalahi Al Quran".Kata Ibnu Taimiyyah lagi "adapun yang mencaci isteri-isteri nabi SAW selain Aisyah RA ada 2 pendapat :

Mencaci isteri-isteri nabi SAW sama seperti mencaci para sahabat. Jadi hanya dikenakan sebatan.

Pendapat yang jelas ialah, menuduh salah seorang isteri Nabi samalah seperti menuduh Siti Aisyah juga, sepertimana kata Saidina Abdullah Ibnu Abbas RA dahulu iaitu tuduhan sedemikian mendatangkan keaiban dan penghinaan kepada Rasulullah SAW.

Kesimpulannya hukum bunuh diperbolehkan jika penghinaan kepada mana-mana isteri nabi kerana ianya sepertilah menyakiti hati baginda SAW juga. Betapa beratnya hukuman kepada mana-mana manusia yang ingin menunjukkan belangnya kepada nabi SAW dan isterinya-isterinya kerana isteri baginda adalah 'ummahatul Mukminin' iaitu umpama ibu-ibu umat Islam yang menjadi contoh pergaulan rumahtangga dan rujukan hukum hakam selepas baginda wafat.

Dipetik dari http://munawwarah.blogdrive.com/archive/44.html

Selasa, 26 Januari 2010

Lagi-lagi Aduka Taruna


Astaghfirullahhala'zim. Selepas membaca artikel di bawah ini, maka sudah terang lagi bersuluh, ternyata Aduka Taruna ini jenis manusia yang sempit pemikiran, berfikiran cetek, bermulut celupar dan langsung tidak beradab. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Amin.

Wahabi Perlis

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.

Isnin, 25 Januari 2010

Bila menulis tidak menggunakan akal


Saya tidak mengenali atau membaca blog Aduka Taruna ini hinggalah komen yang saya baca di blog Mama Moden. Saya cuba mencari di "google" namun ternyata entri itu telah dipadam. Bila saya teruskan "surfing" ke blog-blog lain, akhirnya saya bertemu dengan entri ini.

Niat saya biar semua orang yang lalu lalang di blog saya ini membaca entri yang telah dipadamkan oleh Aduka Taruna itu.

Kesimpulan dari saya mudah. Aduka Taruna ini seorang yang kurang pertimbangan akal warasnya. Tidak tahu adab susila, pekerti murni mahupun akhlak.

Jika Aduka Taruna ini orang melayu , beliau patut ditarik balik taraf bumiputera dan segala hak istimewa orang melayu.

Sabtu, 23 Januari 2010

Semakin tua


Semalam saya membelek-belek (sesuai ke perkataan ni?) album gambar di dalam "facebook" dan cuba tag gambar-gambar bekas pelajar-pelajar saya. Ternyata saya gagal. Saya hanya mampu mengingati wajah-wajah mereka tetapi tidak nama mereka. Ada di antaranya saya tersalah "tag".

Pagi ini saya mewakili Ketua Koordinator Fakulti Perakaunan UiTM Perak, Tn Hj Nor Azman Shaari untuk merasmikan Program Jalinan Mesra (Mahabbah) pelajar Diploma Perakaunan. Dalam ucapan aluan pengarah projek, beliau memanggil saya Tn Hj Ahmad Zoolhelmi Alias (Amin).

Kebanyakan pekerja-pekerja di pasaraya dan kedai-kedai runcit telah mula memanggil saya pak cik. Dan yang paling ketara, kumis saya telah mula memutih.

Suatu peringatan buat saya.

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun dari Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman dengan Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.
Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah yang Maha Penyantun dan Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seluruh alam, kepada Mu kami memohon rahmatMu, dan pengampunan Mu, dan keselamatan dari setiap dosa.

Janganlah Engkau biarkan dosa meliputi diri kami, melainkan Engkau mengampuni kami dan tidak ada sesuatu kesempitan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak ada pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan yang paling Pengasih dan Penyayang.

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang empunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Isnin, 18 Januari 2010

Anonymous/ Tanpa Nama



Dulu saya tidak menghadkan komentar, maknanya sesiapa sahaja boleh memberi komen.

Coretan saya di blog ini lebih kepada catatan sendiri. Untuk diri sendiri/ syok sendiri. Namun adakalanya, catatan biasa ini mendapat reaksi yang luarbiasa. Sewaktu saya membuat catatan berkenaan Allahyarham Yasmin Ahmad reaksi dari pembaca entri tersebut begitu "galak" dan "sinis".

Saya seorang yang agak terbuka dan biasanya saya boleh menerima pendapat orang lain. Masalahnya komen-komen tersebut datang dari anonymous/ tanpa nama. Saya biasa memberi komen tetapi saya letak nama saya dengan tujuan si penerima komen setidak-tidaknya tahu dari siapa komen itu datang.

Anonymous/ Tanpa Nama yang memberi komen ini sebenarnya orang yang tidak jujur atau mungkin takut atau mungkin rasa dia tidak cukup bijak untuk mengeluarkan komen.

Semenjak itu saya tidak mengizinkan anonymous/ tanpa nama memberi komen di blog saya.

Khamis, 14 Januari 2010

Melayu hilang kuasa?


Suatu malam lebih kurang pukul 3:00 pagi seorang hamba Allah menghantar SMS berkenaan melayu hilang kuasa. Benarkah melayu telah hilang kuasa atau melayu tak tahu menggunakan kuasa? Persoalan yang diutarakan oleh pensyarah senior ini begitu tajam dan pedas.

Sejauh mana saya seorang pendidik di IPT yang 100% bumiputera menggunakan kuasa saya untuk memperkuatkan bumiputera-bumiputera ini? Apakah sumbangan saya kepada mereka? Adakah mereka lebih berdaya saing? Sedikit sebanyak ianya telah mengubah perspektif saya dan Insya-Allah saya akan memastikan ianya akan diterjemahkan di dalam kaedah pengajaran saya.

Sewaktu negeri Perak di"takluki" oleh Pakatan Rakyat (atau lebih tepat oleh DAP), ramai orang melayu berkata "Habislah orang melayu, nasib mereka tidak lagi terbela". Pensyarah senior ini sekali lagi bertanya, "Semasa kerajaan terdahulu adakah mereka memastikan nasib orang melayu terbela? Kenapa mereka tidak gunakan kuasa tersebut ketika mentadbir? Kenapa bila kuasa hilang baru nak mengeluh?".

Alhamdulillah, negeri ini kembali ditadbir oleh majoriti bumiputera. Semoga pemimpin-pemimpin ini tidak lagi leka. Dan saya sebagai pendidik bumiputera, Insya-Allah tidak alpa.

Selasa, 12 Januari 2010

Bibun


Amniy telah mula bercakap dan pandai menyusun ayat. Adakalanya ayat yang keluar dari mulutnya amat melucukan.

"Bu nak bibun, Bu" kata Amniy meminta sesuatu.

"Nak apa?" tanya isteri saya.

"Nak Bibun"

"Yang mana?"

"Tu... tu...." sambil menunjuk sesuatu di atas meja makan.

Rupa-rupanya buah limau......

Dan hari ini perkataan ini menjadi lawak kami sekeluarga.

Jumaat, 8 Januari 2010

Tempoh penyesuaian


Agak sibuk kebelakangan ni. Eisya dan Sarah dah memasuki alam persekolahan (darjah 3 dan darjah 1). Semester baru di UiTM telah bermula.

Seronok kerana dapat mengajar semula cuma agak penat (bila berjalan dan berdiri agak lama terasa lenguh dibahagian kanan rusuk hadapan). Tulisan saya di papan putih semakin "kurang cantik" selepas pembedahan lepas.

Masa untuk berblog dan "FB" semakin terhad.