Suatu malam lebih kurang pukul 3:00 pagi seorang hamba Allah menghantar SMS berkenaan melayu hilang kuasa. Benarkah melayu telah hilang kuasa atau melayu tak tahu menggunakan kuasa? Persoalan yang diutarakan oleh pensyarah senior ini begitu tajam dan pedas.
Sejauh mana saya seorang pendidik di IPT yang 100% bumiputera menggunakan kuasa saya untuk memperkuatkan bumiputera-bumiputera ini? Apakah sumbangan saya kepada mereka? Adakah mereka lebih berdaya saing? Sedikit sebanyak ianya telah mengubah perspektif saya dan Insya-Allah saya akan memastikan ianya akan diterjemahkan di dalam kaedah pengajaran saya.
Sewaktu negeri Perak di"takluki" oleh Pakatan Rakyat (atau lebih tepat oleh DAP), ramai orang melayu berkata "Habislah orang melayu, nasib mereka tidak lagi terbela". Pensyarah senior ini sekali lagi bertanya, "Semasa kerajaan terdahulu adakah mereka memastikan nasib orang melayu terbela? Kenapa mereka tidak gunakan kuasa tersebut ketika mentadbir? Kenapa bila kuasa hilang baru nak mengeluh?".
Alhamdulillah, negeri ini kembali ditadbir oleh majoriti bumiputera. Semoga pemimpin-pemimpin ini tidak lagi leka. Dan saya sebagai pendidik bumiputera, Insya-Allah tidak alpa.

7 ulasan:
moga semuanya akan terbela biar siapa pun yg memerintah.. poning ngan politik ni :)
perak negeri kita
yang pastinya.
bertukarlah kerajaan :Masjid kg sg jejawi tak pernah siap2 dari dulu....
adakah sebab..
kami sekadar Melayu biasa2.
yang hanya kata YA.....
sekadar meluah.
salam//....dah terantuk baru nak mengadah....tanggung la sendiri.....sapa suh sokong DAP...kapiaq tu....yang melayu pun satu....sanggup jadi kuli kapiaq semata2 untuk dapatkan nama.....yang dok percaya janji kapiaq tu wat pa......marah ni!!!!!
Salam ziarah,
Semoga Perak terus aman makmur..
Assalamualaikum, terima kasih sudi jengah blog saya dan menjadi follower, GOOD LUCK AND TAKE CARE
hmm..saya berpegang kpd prinsip biarlah orang yang beriman yang memerintah negara..tidak kira dari parti mana sekalipun..jika jelas keadilannya,keimanannya,dan berpandukan perintah Allah maka beliaulah orang yang terbaik.mampu menjaga keadilan sebaik mungkin.tak ada gunanya jika melayu yg pegang tapi melayu tersebut tidak pernah amanah dan jujur dalam perjuangan melayunya..malah meminggirkan pula islam dalam perjuangan mereka pula..
Kak Maiyah,
memang "mumet" dengan politik ni.
Jinggo,
Melayu ke Islam Jinggo? Hmm patut dimajukan kepada Majlis Agama Islam ni.
Alimaz,
Sabar... Sabar...
Ikan Emas,
Terima kasih kerana singgah.
Annie,
Membaca jambatan ilmu. Teruskan menulis, I followwwww.
Syahbandar,
Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan kerana politik, maruah agama dan bangsa tergadai.
Catat Ulasan