Sabtu, 30 Januari 2010

Hukum mencaci isteri-isteri nabi SAW.


SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer minta dibicarakan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Tertuduh, Khairulnizam Abdul Ghani, 29, didakwa menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik di dalam blognya satu artikel bertajuk ‘Dah mampos buat cara mampos la’ oleh Aduka Taruna.

Saya memang terkilan bila membaca artikel-artikel yang ditulis secara membuta-tuli dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat yang jauh menyimpang dari adat ketimuran mahupun budaya Islam. Dan tambah menyakitkan hati bila membaca artikel si penulis (yang nyata jahil) yang secara terang-terangan mencerca isteri Rasulullah SAW, Imam Shafei dan para ulama'.

Saya sedikit pun tidak simpati dengan gambar di atas, malah saya rasakan hukuman yang bakal diterima oleh si penulis terlalu ringan berbanding caci-maki yang telah dilontarkan kepada beberapa individu terutamanya isteri Rasulullah SAW.

Hukum mencaci isteri-isteri nabi SAW.

" sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang jujur lagi beriman (dari zina) mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". (Surah An Nur : ayat 23).

Kata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah, "ramai ulama' berpendapat bahawa ayat di atas diturunkan khas berkaitan isteri-isteri nabi SAW.

Ibnu Abbas RA mentafsirkan ayat ini bahawa ianya khusus kepada Siti Aisyah dan seluruh isteri Nabi yang lain. Walaupun di dalam ayat ini tidak dinyatakan tentang perlunya diberi peluang bertaubat, Ibnu Abbas RA menyatakan bahawa dalam ayat yang lain Allah meminta 4 saksi bagi setiap tuduhan salah bagi wanita mukminah, jika tidak dinyatakan, mereka perlu bertaubat.

Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata bahawa Al Qadi Abu Ya'laa berkata " orang yang mencaci Siti Aisyah dengan tuduhan yang mana Allah telahpun membersihkannya daripada tuduhan itu, kufurlah ia, tidak dipertikaikan lagi hukumnya dan telah pun ijma' tentang perkara ini".

Diriwayatkan daripada Imam Malik " orang yang mencaci Abu Bakar RA disebat dan orang yang mencaci Siti Aisyah dibunuh". Ditanya apa bezanya? Jawab Imam Malik, "Sesiapa yang menuduhnya, dia telah menyalahi Al Quran".Kata Ibnu Taimiyyah lagi "adapun yang mencaci isteri-isteri nabi SAW selain Aisyah RA ada 2 pendapat :

Mencaci isteri-isteri nabi SAW sama seperti mencaci para sahabat. Jadi hanya dikenakan sebatan.

Pendapat yang jelas ialah, menuduh salah seorang isteri Nabi samalah seperti menuduh Siti Aisyah juga, sepertimana kata Saidina Abdullah Ibnu Abbas RA dahulu iaitu tuduhan sedemikian mendatangkan keaiban dan penghinaan kepada Rasulullah SAW.

Kesimpulannya hukum bunuh diperbolehkan jika penghinaan kepada mana-mana isteri nabi kerana ianya sepertilah menyakiti hati baginda SAW juga. Betapa beratnya hukuman kepada mana-mana manusia yang ingin menunjukkan belangnya kepada nabi SAW dan isterinya-isterinya kerana isteri baginda adalah 'ummahatul Mukminin' iaitu umpama ibu-ibu umat Islam yang menjadi contoh pergaulan rumahtangga dan rujukan hukum hakam selepas baginda wafat.

Dipetik dari http://munawwarah.blogdrive.com/archive/44.html

5 ulasan:

Tirana berkata...

Yang bukan Islam menghina Nabi Muhammad mungkin kita boleh anggap sebab dia tak tahu walaupun dalam setiap agama, kak tirana percaya penganutnya dituntut atau diajar agar tidak menghina orang lain..tapi kalau orang Islam sendiri menghina Nabi, keluarga dan keturunannya, memang tidak boleh dikompromi.

Pn Kartini berkata...

Betapa 'jauhnya' dia............

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

masyaallah....kena hukum bunuh ka.....

Abd Razak berkata...

Salam...

Begitulah kalau ilmu yang dituntut itu tidak berlandaskan syariat maka itulah jadinya

kim berkata...

isk.isk.isk.. teruk2.teruk. nk wat camne. terlajak perahu bole diundur.. kan en zool...