Isnin, 25 Januari 2010

Bila menulis tidak menggunakan akal


Saya tidak mengenali atau membaca blog Aduka Taruna ini hinggalah komen yang saya baca di blog Mama Moden. Saya cuba mencari di "google" namun ternyata entri itu telah dipadam. Bila saya teruskan "surfing" ke blog-blog lain, akhirnya saya bertemu dengan entri ini.

Niat saya biar semua orang yang lalu lalang di blog saya ini membaca entri yang telah dipadamkan oleh Aduka Taruna itu.

Kesimpulan dari saya mudah. Aduka Taruna ini seorang yang kurang pertimbangan akal warasnya. Tidak tahu adab susila, pekerti murni mahupun akhlak.

Jika Aduka Taruna ini orang melayu , beliau patut ditarik balik taraf bumiputera dan segala hak istimewa orang melayu.

7 ulasan:

Maiyah berkata...

kalo xde sistem beraja.. abih le kedudukan kita org melayu, mmg kita byk dgr cite yg negatif dr istana.. tapi kedaulatan sultan harus kita jaga

bukan utk kepentingan raja saja tapi kepentingan org2 melayu

Tirana berkata...

Agaknya dia nak naikkan traffic dan komen blog dia la tu.. Cara biasa tak berkesan..buat cara kontroversi sikit. Dan memang berkesan tapi sayang, cara tu mengundang padah.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam en zool....besa la org tak dak akai...mmg gitu....suka menghina sesama islam....

Abd Razak berkata...

Salam...begitulah jika kita hanya menggunakan akal pasti syaitan turut bersama. Namun...moga beliau insaf dgn perbuatannya

Ibu n Abah berkata...

Zool,
kalau dah bodoh tapi tak mahu diajar,
inilah jadinya....
masalah buat tenaga pengajar kan...??

MaMa MoDeN berkata...

salam zool,
mama pun setuju taraf kerakyatan si kurang ajar ni ditarik balik.

biar dia merempat kat tempat lain..

bkn nak memuji raja negeri sendiri tapi mama rasa raja johor ni antara yang memang mesra rakyat...

apa2 hal negatif istana ke tu bkn hak rakyat nak kata kat raja camtu, apatah lagi raja baru je mangkat...

sampai lani klu cakap pasal ni darah mama mendidih, sampai nak ngalir airmata...

ZOOL@TOD berkata...

Jika tiada tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa saya takut akan lebih ramai bloggers seperti ini akan lahir.

Aduka Taruna ini amat celupar hingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri Rasullullah SAW dan para sahabat selain menghina ulama'-ulama' besar.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah.

Baca di sini:
http://politikbanjar.blogspot.com/2010/01/aduka-taruna-2-hukum-karma.html