Isnin, 18 Januari 2010

Anonymous/ Tanpa Nama



Dulu saya tidak menghadkan komentar, maknanya sesiapa sahaja boleh memberi komen.

Coretan saya di blog ini lebih kepada catatan sendiri. Untuk diri sendiri/ syok sendiri. Namun adakalanya, catatan biasa ini mendapat reaksi yang luarbiasa. Sewaktu saya membuat catatan berkenaan Allahyarham Yasmin Ahmad reaksi dari pembaca entri tersebut begitu "galak" dan "sinis".

Saya seorang yang agak terbuka dan biasanya saya boleh menerima pendapat orang lain. Masalahnya komen-komen tersebut datang dari anonymous/ tanpa nama. Saya biasa memberi komen tetapi saya letak nama saya dengan tujuan si penerima komen setidak-tidaknya tahu dari siapa komen itu datang.

Anonymous/ Tanpa Nama yang memberi komen ini sebenarnya orang yang tidak jujur atau mungkin takut atau mungkin rasa dia tidak cukup bijak untuk mengeluarkan komen.

Semenjak itu saya tidak mengizinkan anonymous/ tanpa nama memberi komen di blog saya.

10 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum

betulla tu, anonymous seolah membaling batu dan menyorok...

Ibu n Abah berkata...

zool,
anonymous adalah seorang yg tak berani nak beritahu identiti dirinya setelah dia mengutuk/menghentam di dalam komen box kita....
orang yang tak jujur....

al-lavendari berkata...

salam
saya akan reject kalau komennya tidak relevan. kalau relevan saya luluskan untuk siaran kerana dari pengalaman saya ada juga kawan saya yang tak ada blog tapi berhajat nak komen, komenlah asalkan relevan dan membina.

MaMa MoDeN berkata...

salam zool,
yer mama pun setuju Tnpa Nama ni orang yang pengecut jika depa komen kita secara yg kurang ajar tetapi tak mahu bagitau nama. walaupun tiada blog, mereka boleh sertakan nama kan..

mama pun akan tapis dulu sebarang komen mereka, jika kritik pun tetapi dgn cara & bahasa yg sopan mama akan siarkan walaupun Tanpa Nama tetapi jika kurang ajar yg bernama pun mama reject.

hak mereka nak komen blog kita tetapi hak sepenuhnya ditgn kita nak siar atau tidak. kalau mereka tak suka apa yg kita catatkan diblog kita baik jgn masukkan!!!

Maiyah berkata...

dorang tu suka kaco org len.. x leh senang.. dorang puas hati sbb dpt wat org rasa sakit hati..

ummu berkata...

betul cakap maiyah..saya dah terkena dulu..semasa peringkat awal saya memblog

Kakcik Seroja berkata...

Salam Zool...

setakat ini, kotak komen diblog kakcik hanya ada satu pengomen Tanpa Nama. Walaupun kakcik seorang yang agak terbuka, tapi kakcik lebih selesa andainya pengomen adalah seorang yang bernama - walaupun nama samaran. Lebih sakit kalau Tanpa Nama ini mengeluarkan komen2 yang sengaja ingin mencetuskan 'perang psikologi' tetapi bersikap baling batu sembunyi tangan!

Faarihin berkata...

saya masih memberi ruang2 kepada tanpa nama ntuk beri komen.. selagi tak ada yg memudaratkn.. saya biarkan aje.. moga2 semuanya ok..

Zool Blogger berkata...

Saya juga Zool..
Zool ligakampung bukan ZOol Helmi ye

ZOOL@TOD berkata...

Ini hanya pandangan saya, lain perahu lain haluan.