Ahad, 2 Januari 2011

Babi hensem Pak We ngkau


Saya "ter"tengok gambar pasangan anak remaja berpelukan di dalam laman sosial "facebook". Si gadis memakai baju tidak berlengan (macam singlet). Dalam gambar lain mereka seolah-olah sedang berkucupan.

Komen salah seorang rakan mereka (perempuan), "Babi hensem Pak We ngkau, .........".

Komen saya:

1) Membaca dialog-dialog anak remaja sekarang membuatkan saya terasa begitu tua. Sukar untuk saya menerima bahasa-bahasa kasar sebegini, lebih-lebih lagi diluahkan oleh seorang anak gadis.

2) Walaupun Pak We si gadis itu hensem seperti babi, masih haram hukumnya berpegangan tangan apatah lagi berpelukan dan berkucupan. Malah mengucup babi tidak berdosa, hanya perlu disamak untuk menyucikan diri.

3) Saya sangat sedih kerana saya mengenali gadis ini, bahkan saya mengenali ibu gadis ini. Saya tidak tergamak menegurnya secara terus. Harap-harap gadis tersebut membaca entri ini dan pesan saya, insaflah.

Kasihanilah ibu dan bapa anda. Takutlah kepada Allah. Apa yang anda buat ini salah dan berdosa.

Hadis berkenaan menyentuh wanita bukan mahram
Daripada Ma’qil B. Yasar RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Hadis berkenaan aurat wanita
Dari Aisyah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haib (akil baligh), maka tak ada yang terlihat kecuali ini (sambil menunjuk wajah dan telapak tangan).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Hadis berkenaan duduk berdua-duaan
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Janganlah seorang laki-laki dan seorang wanita bersepi-sepi, sebab syaitan laknatullah akan menemaninya. Dan janganlah seorang diantara kamu (laki-laki) bersepi-sepi dengan wanita kecuali dengan disertai mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)

Hadis berkenaan memandang wanita bukan mahram
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Pandangan terhadap wanita merupakan salah satu panah dari panah-panah iblis yang beracun. Barang siapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah membalasnya dengan keimanan, yang kelazatannya dapat dia rasakan di dalam hati.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"" (An-Nuur:30)

4 ulasan:

wardah berkata...

Begitu sedih dan kecewa dgn fenomena yang berlaku terutama anak remaja sekarang. Hidup bergaul bebas dan membelakangi hukum syarak. Subhanallah...moga mereka cepat sedar dan insaf. Berat tanggungjawab sebagai ibu bapa kita ini.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
mmg bahasa remaja sekarang...bila kita baca,terasa kita seolah ketinggalan zaman...bahasa mereka 'canggih' a.k.a ROSAK....
bab aurat,halal haram,hukum hakam...lagi menyedihkan...
seolah satu kebanggaan...satu kemestian...amik gambar masa bercumbu...

mokja berkata...

Kdg penat membentuk,tapi kuih lari dari acuan.What to saykan.

ZOOL@TOD berkata...

Lebih menyedihkan bila ibu sendiri seolah-olah merelakan perkara tersebut.