Saya tertarik dengan isu ini yang dibincangkan secara bersahaja oleh Ustaz Zawawi di dalam program Awani Ramadhan. Saya cuba olah semula intipati rancangan tersebut.
Menjelang Ramadhan umat Islam berlumba-lumba melakukan amal ibadah tambahan. Seorang artis yang sedag sibuk dengan program sedekahnya berkata, dalam bulan Ramadhan nilah mereka nak buat amal ibadah untuk mendapat pahala tambahan untuk menampung dosa/ maksiat yang telah mereka lakukan sebelumnya.
Artis tersebut hanya nampak fadhilat tetapi mungkin terlepas pandang syaratnya. Apa dia fadhilat dan apa dia syarat?
Seorang kawan mahu memberi RM10 kepada anda sekiranya anda membantunya menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.
Fadhilat = RM10.
Syarat = siapkan tugasan tersebut.
Ramadhan menjanjikan seribu rahmat, ganjaran pahala, makbul permintaan (doa) dan barakah. Semua ini merupakan antara fadhilat Ramadhan. Apa syaratnya? Kita mesti melakukan ibadah puasa dengan kesabaran dan ketaqwaan.
Begitu juga dalam mengerjakan Haji. Banyak ganjaran pahala yang dijanjikan (fadhilat) sekiranya kita melakukan haji yang mabrur (syarat).
Di bulan Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba memenuhi masjid, melakukan ibadah tambahan (solat tarawih), menderma/ bersedekah (hingga sesetengah rumah anak-anak yatim terpaksa menolak derma dalam bentuk makanan) dan pelbagai lagi. Ya, ia satu amalan yang mulia tapi kebanyakannya hangat-hangat tahi ayam. Lepas sejuk jadi hangit.
Perkara di atas berlaku di awal Ramadhan, menjelang separuh Ramadhan, bila lagu "dendang perantau" berkumandang di Radio, tumpuan mereka lebih terarah untuk menyambut Aidilfitri. Solat Tarawih pada awal Ramadhan melebihi 10 saf, tinggal 1.5 saf. Mereka terlupa "Lailatul Qadar" di akhir Ramadhan yang pahalanya menyamai 1,000 bulan beribadah. Alangkah ruginya.
Syeikh Yusuf al-Qardhawi ada berkata jangan jadi hamba Ramadhan, sebaliknya jadi hamba Allah. Kenapa? Di bulan Ramadhan ramai umat Islam meningkatkan amal ibadah (solat sunat, bersedekah, bertadarus Al-Quran, menutup aurat, menjaga peri laku dan sebagainya). Tetapi sebaik saja Syawal menjelma, segala amal ibadah tambahan tadi terus ditinggalkan. Tiada lagi solat sunat, sedekah, tadarus Al-Quran, aurat kembali terdedah dan sebagainya. Seolah-olah mereka melakukan ibadah kerana Ramadhan, bukan kerana Allah.
Tujuan saya menulis entri ini untuk mengingatkan pembaca entri ini khususnya saya diri sendiri. Jadikanlah Ramadhan kali ini titik untuk kita berhijrah. Perubahan yang kita lakukan semasa Ramadhan ini kita teruskan ke bulan-bulan mendatang. Jika kita semakin kerap bersolat jemaah di bulan Ramadhan, membaca Al-Quran, bersedekah, teruskan jangan berhenti.
Semoga di Ramadhan akan datang (dengan keizinan Allah) kita akan menjadi insan yang lebih baik.
Wallahhua'lam

11 ulasan:
salam...selalunya ramai yang saya nampak bila ramadhan hari2 kemasjid solat terawikh....bila dah habis ramadhan masjid pun tak jejak....padahal rumah dekat sangat dengan masjid.....masyallah apa nak jadik ya...umat akhir zaman...bab artis bila bercakap tentang islam macam dia tau semuanya...tapi......bagai dikata..
Dunia akhir zaman ni macam-macam.
'melakukan ibadah kerana Ramadhan, bukan kerana Allah.'
peringatan yang baik. terima kasih.
Terima kasih zool atas ingatan tu. Ada gak terkena tempias tu....
Saya sekadar mengingatkan diri sendiri sambil berkongsi sedikit ilmu yang saya pelajari. Kalau salah harap dimaafi dan perbetulkan saya.
salam.. aktiviti sy macam hari2 biasa, sy baca Quran n zikir cuma tambah kit solat terawikh pd bulan ramadhan ni dan rasa amat terharu kerana pd bulan ini apabila berdoa akan menusuk didalam hati
T. kasih kerana menyambung-sampaikan kata2 Ustaz Zawawi itu untuk peringatan kita semua. Maknanya Syarat itu wajib ada untuk memperoleh Fadhilat ? Memang benar kita sering (termasuk saya) terkeliru, terlupa, tidak sedar atau tak peduli akan Syarat dalam keghairahan mengejar Fadhilat.
Terimakasih kerana berkongsi apa yang kakcik terlepas kat TV tu :)
Bagus juga ada terjemahan pemikiran sebegini.. sbb sy sendiri kadang2 terlupa dan perlu di ingatkan sentiasa... terlalu mengejar keperluan harian... sampai terlupa menambah bekalan masa depan...
Bulan Ramadhan pada sy adalah masanya untuk kita melakukan atau menambah sesuatu kebaikan secara konsisten... dan meneruskan konsistensi itu untuk masa yang berikutnya sehinggalah Ramadhan berikutnya.... then tambah lagi... begitulah seterusnya...
Berkongsi ilmu juga pada sy adalah satu konsistensi yang baik, Semoga hidup Wardah & Zool & keluarga sentiasa dirahmati
Beribadah lebih dibulan ramadhan memang baik kerana semua pintu syurga dibuka pada bulan ramadhan. Pahala pun dilipatgandakan pada bulan ini. X menjadi masalah bila mengejar bersungguh2 sesuatu kena pada tahun akan datang belum tentu kita akan ketemu ramadhan. Namun biarlah berserta dgn niat kerana Allah. bukan kerana riak mahupun kerana sesuatu yg lain selain dari Allah. wallahualam.
Terima kasih daing.
Setuju dengan BS. Jika kita beribadah kerana pahala seandainya Allah tidak mengurniakan pahala tersebut maka sia-sialah ibadah kita. Sebaiknya beribadah kerana ikhlas/ tanda kesyukuran di atas nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan. Insya-Allah hati kita tenang. Wallahhua'lam
Catat Ulasan