Bagaimana kita hendak mengubah sesuatu? Contohnya kita mahu mengubah sikap jiran yang mementingkan diri sendiri atau rakan yang pemalas (malas nak belajar). Bagaimana? Di sini saya senaraikan tips untuk membuat perubahan.
1) Mulai dengan diri sendiri
Bila kita mahu orang lain berubah kita kena betulkan dri sendiri terlebih dahulu. Pastikan kita dan ahli keluarga kita lebih baik dari perubahan yang kita perjuangkan. Kita mahu rakan kita lebih rajin, adakah kita rajin? Jika tidak pastikan diri sendiri lebih rajin terlebih dahulu.
Kita mahu masyarakat kita berubah kepada masyarakat/ budaya Islam. Adakah kita dan keluarga kita mengamalkan cara hidup Islam?
Kepimpinan melalui tauladan. Bila kita perelokkan diri, Insya-Allah ahli keluarga kita akan berubah mengikut perubahan kita. Bila ahli keluarga kita perelokkan keluarga, masyarakat sekeliling akan turut berubah. Bila masyarakat berubah negara akan turut berubah. Bila? Masa sahaja yang menentukan (dengan izin Allah tentunya).
2) Mulai dengan perkara kecil
Kita mahukan komuniti kita menjadi komuniti yang bersih. Jangan pergi jauh. Pastikan halaman rumah kita bersih terlebih dahulu. Pastikan diri-sendiri bersih terlebih dahulu. Perkara yang kecil di mata kita adakalanya amat besar disisi Allah. Kita pernah mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anak anjing. Akhirnya beliau dimasukkan ke Syurga kerana sikap "kecil"nya itu.
Kita hendak memindahkan sebukit batu. Mulakan dengan batu yang kecil yang paling hampir dengan kita.
3) Mulai saat ini
Bila nak mula? Sekarang juga. Kita tidak tahu bila ajal kita. Mungkin selepas membaca entri ini. Mulakan sekarang dengan diri sendiri dan perkara-perkara kecil.

Jangan berlengah lagi.
(Olahan semula topik bicarawara di Astro Oasis)
7 ulasan:
salam.. bagus info nih buat org yg selalu komplen org lain tapi keadaan diri tak sebagus mana
good entry... selamat berpuasa...
What you give, you get back. Kalau ingin orang baik dengan kita, kita kena baik dengan orang terlebih dahulu. Apa2 pun yang hendak kita ubah, mulalah dengan diri sendiri, kerana hanya kita yang mampu mengawal kelakuan dan tingkah laku sendiri. InsyaAllah bila orang lain tengok kita berubah, mungkin boleh tercetus keinginan di hatinya untuk turut berubah.
x guna beli buku motivasi beguni, cd ceramah motivasi bertimbun, semua tu tak guna. Perubahan harus bermula dari dalam diri sendiri. kene celik dalam diri dulu. Semanagat dan kesedaran harus datang dari keinginan sendiri... cukuplas bermalas-malas,, apa pun xdapat
He.. He.. He.. masih ada 4 buah buku yang saya beli 2-3 bulan sudah masih bersusun dalam almari (macam hiasan). Insya-Allah saya akan mula membacanya hari ini juga.
mengubah bermula dari yang kecil dahulu...
setuju betul
salam....saya kat sini hanya sebagai juruteknik...tapi ada sorang pensyarah kat sini yang tak suka kat saya...saya pon tak tau apa salah saya kat dia....dia kalau masuk makmal saya selalu saja cari salah saya....yg tu tak kena yg ni tak kena...ada saja yg tak kena.....kalau kelas dia tak penah nak masuk opis saya ...dok kat luaq ja...pernah saya ajak dia masuk duk dlm opis sejuk sikit ada ekon....dia buat tak tau ja....kalau pensyarah lain ok ja dgn saya....masuk dok dlm opis,...sebab saya sediakan meja satu utk pensyarah dlm opis....dia buat tak rti ja..kalau abih kelas di keluaq gitu ja tak bg tau apa pun biaq mesin gitu ja lepas guna...tak tutup....apa yg patut saya buat tu.....kalau en zool leh bg sikit nasihat utk saya....bg kat blog saya ya....komen ja kat mana2 n3.....en zool ni kan pensyarah gak....hhehehehe...
Catat Ulasan