Khamis, 24 September 2009

Hari Raya ketiga di rumah Mbok

Iqoh, Ipah, Idah dan Amy

Setiap kali Aidilfitri di rumah Mbok (Mak Mertua saya) anak-anak dan menantu-menantunya akan kepenatan kerana memasak dan mengemas. Tetamu yang datang di antara pukul 11:00 pagi - 3:00 petang akan dijamu dengan makan tengahhari (dari Hari Raya pertama hingga Hari Raya ketiga). Tahun ini tidak terkecuali. Pada Hari Raya kedua kami bergotong royong menjamu tetamu-tetamu (kebanyakannya anak-anak buah Mbok dan Allahyarham Bapak dari Sabak Bernam, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya).

Pada Hari Raya ketiga, saya sekeluarga menghadiri Majlis Sua Raya Aidilfitri (Form 6 Sek Men Khir Johari Sg Sumun 92-93). Buat pertama kalinya tugas ini digalas oleh anak anak-anak buah kami (anak Abang Azam), Abang Hamdan selaku chef utama dan dibantu oleh Kak Munah (isteri Abang Hamdan).

Abang Hamdan memuji kecekapan mereka di dapur (memasak dalam kuantiti yang banyak bukan kerja yang mudah). Kepada Amy, Idah, Iqoh dan Ipah terima kasih daun keladi. Tahun depan Insya-Allah kita akan bergotong royong lagi.

Memang ianya memenatkan tetapi kami puas hati. Menyampaikan hajat Mbok dan tetamu pulang dengan senang hati.

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Salam..

mesti seronok berkumpul ramai2 gitu kan? dengan pelbagai kerenah, ragam dan rencah.. :)

Maiyah berkata...

salam.. yelah, time reramai ngan sedara mara wat hati jd happy :D

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam.....meriah...suka sangat....

zai berkata...

salam zool..

dapat berkumpul beramai2 sesekali memang seronokkan...boleh dibaca dari raut wajah diaorang tu.happy jer..

ZOOL@TOD berkata...

Hari Rayalah masa di mana kami sekeluarga dapat berkumpul dan mempereratkan silaturrahim. Walaupun seketika tetapi amat bermakna.

al-lavendari berkata...

banyakkan makan buah2an ... bagus! bagi makan tgh hari ni untuk sdr mara terdekat sahaja ke?

ZOOL@TOD berkata...

Tidak semestinya, tetamu yang datang waktu tengahari biasanya dijamu dengan makan tengahari.