Sabtu, 23 Januari 2010

Semakin tua


Semalam saya membelek-belek (sesuai ke perkataan ni?) album gambar di dalam "facebook" dan cuba tag gambar-gambar bekas pelajar-pelajar saya. Ternyata saya gagal. Saya hanya mampu mengingati wajah-wajah mereka tetapi tidak nama mereka. Ada di antaranya saya tersalah "tag".

Pagi ini saya mewakili Ketua Koordinator Fakulti Perakaunan UiTM Perak, Tn Hj Nor Azman Shaari untuk merasmikan Program Jalinan Mesra (Mahabbah) pelajar Diploma Perakaunan. Dalam ucapan aluan pengarah projek, beliau memanggil saya Tn Hj Ahmad Zoolhelmi Alias (Amin).

Kebanyakan pekerja-pekerja di pasaraya dan kedai-kedai runcit telah mula memanggil saya pak cik. Dan yang paling ketara, kumis saya telah mula memutih.

Suatu peringatan buat saya.

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun dari Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman dengan Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.
Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah yang Maha Penyantun dan Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seluruh alam, kepada Mu kami memohon rahmatMu, dan pengampunan Mu, dan keselamatan dari setiap dosa.

Janganlah Engkau biarkan dosa meliputi diri kami, melainkan Engkau mengampuni kami dan tidak ada sesuatu kesempitan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak ada pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan yang paling Pengasih dan Penyayang.

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang empunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

13 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum zool

tua itu kan manis.

Pn Kartini berkata...

Salam..tn hj Zool..:):):)
Begitulah kita...makin hari makin meniti usianya...:)

dieya berkata...

tp en zool tetap n maintain sweet n ensem lor... =)

ZOOL@TOD berkata...

Cikgu Normah,
Manis ok, jangan kencing manis....

Pn Kartini,
Baru nak mula menabung ke Tanah Suci. Semoga kata-kata mereka itu menjadi kenyataan.

Dieya,
Kalau awak masih student saya sekarang ni, confirm dapat A. he.. he.. he..

al-lavendari berkata...

saya dah lama merasa kena panggil pakcik tu.. kumis dan rambut putih tu dah lama singgah dan menetap !

Maiyah berkata...

hehe.. sy yg muda ni (pasan jap) pun dah byk tumbuh uban n mata dah rabun huhuuu

zai berkata...

Salam Zool..

Lamanya tak kesini..namun zool dan wardah sentiasa diingatan...

Kak zai berbangga bila usia semakin meningkat tua..terasa ia adalah satu cabaran kita utk menimba2 menuntut ilmu agama kerana panggilan pak cik, mak cik dan tiket (uban) telahpun diberikan sebagai tanda bahawa kita semakin hampir ke penghujungnya...

Abd Razak berkata...

Salam...

Uban itu cahaya dan peringatan Allah kepada kita bahawa usia kita berada di dunia ini semakin sedikit, beruntung orang yg mendapat cahaya ini...

hazeleyed lady berkata...

Ass-Salam zool
...tak mengapa...tua itu tanda kita lebih pengalaman hidup...dah banyak nikmat Allah yang kita dah rasa...
Semuga terus di kurniakan kesihatan yang baik...rezeki dan rahmat yang tak terhingga.

ZOOL@TOD berkata...

En. Al,
Alah bisa tegal biasa.

Kak Maiyah,
he.. he.. he.. (Kak Maiyah tuuu)

Kak Zai,
Lama tak update blog. Saya amat setuju dengan Kak Zai, tak tahulah berapa lama lagi masa yang kita ada di bumi ni.

Saudara Razak,
Benar dan benar belaka. Setulus coretan di dalam blog saudara.

Pn hazeleyed,
Yang paling utama, jangan lupa mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhitung ini.

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Zool...

semakin jauh kita berjalan, andai kita memakai kasut yang sama, semakin nipislah tapaknya. Begitu juga, kerana kita hanya ada satu nyawa.. semakin lama semakin kuranglah waktu yang tinggal buat kita. :)

Ibu n Abah berkata...

Salam zool,
semuga cita-cita ingin ke tanah suci akan tercapai..Insya'Allah...

kim berkata...

eh. mane ade en zool tua... xmakan dek usia. jgn makan byk kari kepala ikan ye.. :)))))





p/s: kalo dieya dapat A saye dapat A++ bole?? hehehehe..