Jumaat, 15 Mei 2009

DIA Arau 1992-1995

Beberapa hari yang lepas Rais Fitri @ Mamu Batcha @ Kamal Hassan menjemput saya untuk menjadi rakan "facebook"nya. Kemudiannya sempat kami bersembang secara "wall to wall". Ringkas tapi begitu bermakna. Lawak-lawak antarabangsa (kalau bahasa sekarang ni "lawak sengal") sempat di ke udarakan.

Tiba-tiba saya rasa rindu dengan zaman ketika bersama-sama rakan di ITM Arau 1992-1995 (Diploma Perakaunan). Alim, Apeng, Pak Tam, PG, Pojie, Bomba, Ultraman, Babu, Sawai (Allahyarham), Nije, Mat Yie, Botok, Belang, Ayam, Joe Buaya, G Kam, Tok Arab, Bong, Mamat Pusat Tak Hensem, Amir Sek, Apek, Mamal the Lion King, Bangla, Gurkha, Belang, Aking, Tok Wan, Mali Bulu, Zam Bulu, dan ramai lagi.

Membaca nama-nama yang saya senaraikan sudah cukup untuk membuatkan pembaca tersenyum, inikan pula saya dengan seribu kenangan bersama-sama mereka. Saya seorang yang boleh dikategorikan "rock" pada ketika itu, dengan rambut panjang dan jeans "boot cut". Saya tidak bercinta ketika di ITM Arau (kan saya "rock", mana boleh jiwang).

Rakan sekolah menengah saya (Puwarasan) pernah melabelkan saya"rock" sampai mati kerana minat saya pada lagu-lagu "heavy metal" dan "speed metal". Rakan Diploma saya (Nije) pernah melabelkan saya "Tod Lawak Ganas" kerana gurauan saya agak keras.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan yang tersimpan kemas di dalam memori saya. Sekarang saya dah tak ganas dan tak "rock", mungkin faktor usia dan kematangan melenyapkan ia.

2 ulasan:

Roslinda Alias berkata...

rock..rock.. tp bila balik rumah mesti kena leter ngan arwah mak.. rambut panjang he he he.. tiba2 rindu pada arwah mak

ZOOL@TOD berkata...

Nasib baik mak kuat berleter, kalau tak sekarang ni tak tahulah saya jadi apa. Terima kasih mak.

Abang Cik pun rindu kat mak tambah-tambah pada hari ibu yang lepas. Abang Cik agak terkilan sebab mak tak sempat sampai ke rumah baru Abang Cik.