Selasa, 5 Mei 2009

Mbok & Rawatan Ozone

Mbok mengalami kegatalan di badan, bengkakan di kelenjar-kelenjar dan kaki disamping kesakitan yang teramat sangat (sel kanser tersebut telah mula merebak dengan agak drastik). Makanan tambahan (supplement food) nampaknya tidak lagi berkesan. Mbok kerap terjaga malam dan muntah-muntah. Badannya lemah.

Abang Akhi mula mencari rawatan alternatif yang lain. Ozone treatment/ therapy. Kaedah "pembersihan" darah (kaedahnya seperti mesin hemodialisis).

Kesannya amat positif. Mbok semakin cergas dan bengkakan di kelenjar-kelenjarnya semakin mengecut. Kegatalan di badannya pulih sepenuhnya. Setakat entri ini, Mbok telah membuat rawatan tersebut sebanyak 2 kali dengan kos RM1,600++ (RM800++ sekali rawatan).

Alhamdulillah, kami gembira dengan perkembangan positif Mbok.

Untuk maklumat lanjut sila lawati URL berikut:
http://www.ozoneuniversity.com
http://www.ozonehospital.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ozone theraphy memang bagus, walaupun ongkosnyer bleh tahan. Aku doakan kesihatan mbok ngko terus positif, with better quality of life. Itulah impian pesakit dan jugak orang yang menjaga orang yang sakit. Cuma kalo nak sembuh sepenuhnya, serah lah kat Tuhan Yang Maha Sempurna, kita hanya berusaha. Sampaikan salam kat mbok dan juga si penjaga mbok, semoga terus cekal dan bersemangat, dan jangan putus asa dengan Tuhan.

Daeng Mas Ana

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih di atas doa puan. Insya-Allah saya akan sampaikan salam puan bila saya melawat mbok kelak.