Ahad, 24 Mei 2009

Zawati kembali ke Rahmatullah

Gambar semasa makan malam pra-graduan ADIA di Hotel Radisson (Grand Bluewave Shah Alam). Zawati di depan saya.

Saya agak kerap melawat blog pensyarah saya, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan entri pada har sabtu lepas agak mengejutkan saya. Cerita mengenai pemergian Zawati. Beliau meninggal dunia pada 22 Mei 2009 kerana penyakit kanser yang di hidapinya. Sila klik di sini untuk cerita lanjut.

Zawati dan saya merupakan "coursemate" semasa menuntut di ITM Arau (DIA 92-95) dan ITM Shah Alam (ADIA 95-97). Saya hanya mengenali beliau sebagai rakan se"program" dan hanya berinteraksi dengan beliau beberapa sahaja dankali terakhir beberapa tahun yang lepas sewaktu saya menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam di peringkat Ijazah Sarjana (pada ketika itu beliau merupakan penyarah di UiTM Shah Alam.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh dan solehah. Al-Fatihah.

2 ulasan:

zai berkata...

skrg, ramainye yg meninggal krn kanser, takut sy mndgrnya, i think seme ni mesti bersangkutan dgn pemakanan yg kita ambil sehari2..pasti ada kaitannnya...fast food, fast die..hmm nak makan ape pun dah takut.

ZOOL@TOD berkata...

Kalau tak makan lagi susah. Dr. Lim (FRIM) hebat mempromosi cara hidup sihat melalui makanan organik dan beliau ternyata sihat. Masalahnya, makanan organik ni mahalnya berkali-kali ganda menyebabkan kita berfikir berkali-kali sebelum membelinya... :D