Ramai yang menyebut tentang Islam Liberal. Antara pelopor Islam Liberal di Malaysia ialah Sisters in Islam (SIS). Di sini saya lampirkan gabungan pendapat dan pandangan mengenai Islam Liberal dari beberapa sumber.
Islam Liberal, satu aliran yang menolak kesepakatan ulama serta menafsirkan al-Quran dan Hadis menurut fahaman akal. Mereka adalah golongan yang begitu ghairah ingin menyebarkan ilmu agama. Namun, apa yang mereka sangkakan betul itu tidak menepati al-Quran dan Sunnah. Tafsiran dan penjelasan mereka penuh dengan kekeliruan serta boleh menggugat aqidah umat Islam.
Akhirnya, golongan intelek, fanatik, ekstremis dan golongan yang kurang ilmu agama, begitu mudah menerima aliran ini. Apa tidaknya, hanya berhujahkan logik akal semata-mata mereka sudah terpedaya. Antara isu yang diperjuangkan seperti wanita menjadi imam kaum lelaki, persamaan hak lelaki dan wanita, menolak sistem poligami, tudung tidak sesuai di zaman moden dan sebagainya.
Penyebaran faham Islam liberal adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, peningkatan tahap pendidikan moden di kalangan masyarakat telah membuka minda golongan terpelajar terhadap idea-idea baru, terutamanya dari Barat, yang disalurkan melalui institusi pendidikan dan media massa. Jika diteliti, faham feminisme dan pasca moden banyak mempengaruhi pemikiran kelompok Muslim liberal dalam menanggapi perkara-perkara asas dalam Islam. Berasaskan kepada faham-faham ini, agak sukar bagi mereka untuk membezakan autoriti dalam agama Islam dengan autoritarianisme yang menindas. Bagi mereka, autoriti dalam agama semestinya bersifat autoritarian dan menindas.
Kedua, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi membuka lebih banyak ruang kepada penyebaran dan pertarungan idea dalam masyarakat. Kemunculan media baru umpamanya memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk mengakses maklumat dan menyebar idea secara pantas dan bebas. Dalam hal-hal berkaitan agama umpamanya, seringkali kita membaca di internet pandangan-pandangan mengenai Islam baik yang bersifat objektif mahupun emotif yang dilontarkan samada oleh golongan ilmuwan atau bukan ilmuwan. Fenomena ralat ilmu (error of knowledge) sepertimana yang disebutkan oleh Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam bukunya Islam and Secularism mudah berlaku apabila masyarakat tidak lagi dapat membezakan antara pandangan golongan ilmuwan dengan bukan ilmuwan, sebaliknya menerima sesuatu pandangan berasaskan retorik dan emosi semata-mata. Faham Islam liberal yang cuba menyamaratakan golongan ulama’ dan bukan ulama’ dalam membahaskan perkara-perkara asas Islam merupakan satu bentuk ralat ilmu yang menjadi cabang utama proses sekularisasi.
Ketiga, realiti masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia memudahkan faham sekular Islam liberal mendapat dokongan terutamanya daripada masyarakat bukan Islam. Penolakan golongan liberal terhadap pelaksanaan undang-undang Islam, penerimaan terhadap hak kebebasan beragama (termasuk hak menyebarkan agama) secara mutlak dan pluralisme agama merupakan hal-hal yang menarik perhatian sebahagian besar masyarakat bukan Islam. Malah realiti kemajmukan ras dan agama dijadikan sandaran bagi para pendokong Islam liberal untuk menggalakkan faham negara sekular, bukan negara Islam, sebagai landasan pembentukan identiti “Bangsa Malaysia”.
Berdasarkan faktor dan realiti ini, para ulama’ Islam perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat baik secara formal (melalui institusi-institusi pendidikan) atau tidak formal (melalui media massa, media baru, dlll). Perlu diingat bahawa penyebaran faham Islam liberal adalah salah satu bentuk penyelewengan ilmu yang merupakan cabang proses sekularisasi dalam masyarakat. Ramuan utama dalam menangani gejala ini tentu sekali melalui pengukuhan budaya ilmu dalam masyarakat. Masyarakat yang berilmu sudah tentu dapat membezakan antara yang benar dan yang batil.
Islam liberal adalah satu kefahaman yang bertentangan dengan Islam iaitu satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya. Kalau tidak dibendung akan meracuni pemikiran generasi umat Islam masa kini dan akan datang.
Semoga kita semua dilindungi Allah dari mengikuti/ terjebak dengan fahaman ini. Amin

2 ulasan:
Itulah yg sedang saya perangi walau terpaksa melalui jalan politik.. wallahualam.
Saya doakan tuan berjaya dengan perjuangan tuan dan semoga Allah memberkati niat suci tuan. Amin
Catat Ulasan