Khamis, 27 Ogos 2009

Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh kembali ke Rahmatullah


Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan dari China ke Singapura lebih kurang pukul 2:00 pagi tadi.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Allahyarham merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Beliau menjadi contoh kepada ramai OKU di Malaysia. Malaysia kehilangan seorang yang dianugerahkan Allah kelebihan yang luarbiasa. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh di sisi Allah.

AL-FATIHAH

Sumber berita: Harakahdaily

6 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Hilangnya seorg tokoh ilmu..
Semoga Roh dicucuri rahmat..Al-fatihah..

alimaz berkata...

salam...semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang bertaqwa...al-fatihah..

maiyah berkata...

salam.. sy mmg terkejut ngan berita ni, arwh mmg contoh yg baik pada OKU dan sy mmg bangga dengannya.. Al Fatihah moga rohnya dicucuri rahmat

zai berkata...

salam zool..

Mmg kak zai respect sgt2 kat dia ni sbb beliau mmg adalah contoh miracle keajaipan ciptaan Allah apabila Dia mengkehendakiNYA...Mmg sukar utk memikirkan bagaimana beliau memiliki kehebatan minda yg tak terjangkau oleh orang yg sempurna..

Aidil Fadzil berkata...

Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang salleh. Al Fatihah.

a kl citizen berkata...

moga rohnya ditempatkan bersama org2 soleh...

harap2 kita diberi peluang oleh Allah dapat melunaskan ramadhan tahun ini