Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
3 ulasan:
Yeahhhh.. sokong...
salam.. kalau dah terjebak dgn rokok alamat susah lah nak berhenti, dari isap rokok kuar duit byk lebih baik beli makanan.. kenyang
Setuju dengan kata-kata Tok Guru..Dah tau rokok itu membawa mudharat, ada juga yang tak sedar lagi..masih juga nak hisap rokok..Yang dah ketagih tu memanglah payah nak berhenti tapi yang tak pernah merokok sebelum ini, jangan lah cuba2 buat perkara yang membawa keburukan.
Catat Ulasan