Jumaat, 14 Ogos 2009

Siapa ke Syurga? Siapa ke Neraka?

Saya begitu sedih dengan beberapa pandangan "bloggers" dan penulis-penulis di Internet yang menulis menggunakan "kepala lutut". Mereka ini sewenang-wenangnya memberi hukuman (siapa ke syurga dan siapa ke neraka) seolah-olah mereka-mereka ini telah tahu dengan jelas perkara tersebut.

Sebelum ini ramai yang mencerca Allahyarham Yasmin Ahmad dan semalam saya terbaca tulisan/ komen negatif di Internet tentang Allahyarham Ustaz Asri. Persoalannya, kenapa hendak mengungkit cerita-cerita negatif mereka lagi sedangkan tiada kesahihan tentang berita tersebut? Kenapa selepas mereka meninggal dunia bukan semasa hayat mereka?

Terdahulu saya pernah mengikuti kuliah yang diberi oleh seorang Ustaz (tahun 2008) yang mencerca/ menghina Allahyarham Norita Shamsudin dan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Saya amat sedih kerana Ustaz tersebut menggunakan perkataan-perkataan kasar dan maki hamun ke atas kedua-dua individu tersebut. Saya tertanya adakah Ustaz ini pasti dia akan masuk Syurga dan orang-orang yang dicerca tadi sebaliknya?

Saya ingin berkongsi sebahagian petikan artikel Dr MAZA yang berkaitan dengan isu ini. Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

Rahsia

Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita di atas keterlanjuran kita berbicara.

Amin.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

samada orng biasa mahupun ulama,bila dah terlampau melebihi batasan tindakan sesetengah individu itu la yg bwt mereka terpaksa menggunakan bahasa2 kesat..bknkah rasulullah pernah mengutuk dan mengeji golongan2 tertentu yg melakukan kemungkaran.cbe blaja ilmu agama dan bkk kitab slalu..nanti saudara akan jmpe.malah rasulullah sendiri pernah menyamakan musuh agama ini dngn binatang..lbh teruk lg..sy x brani nk ckp la bang..tp ilmu diorng tinggi,,kadang2 apa yg diorng katakan tu bersebab dan juga ada hujahnya..jika kita hndk menentang golongan ulama yg sound direct kt individu2 yg terlampau ini batter kte belajar kitab dlu,khatam ilmu agama setaraf dngn mereka..br kita nmpk apa yg mereka nmpk.dan baru kita tau boleh ke x tuk mengutuk orng2 yg menjatuhkan maruah agama ini..sbb kdng2 apa yg diorng bwt berdasarkan agama tp kita x tau..sbb kita cetek ilmu agama,,kesimpulannya blaja tinggi2 dlu sebelum menentang ulama..jadi ulama dlu br leh tentang ulama..ilmu agama biar setaraf.klu orng biasa yg tentang ulama..hmm.pk 2-3kali la.kebarangkalian anda yg x betul tu tinggi sngt2..sbb anda berpendapat hanya menggunakan akal sahaja

Tanpa Nama berkata...

sy blaja kitab,sbb tu sy tau apa yg mereka perkatakan..saudara kne bnyk dngr ceramah..berguru dan slalu bersoal jawab dngn ulama..kalau saudara hnya mencari sndiri mksd2 hadith dan alquran lalu saudara mengkajinya sendiri itulah yg akan menyesatkan..dan jika hnya sekadar dngr ceramah kt tv dan radio serta baca info2 agama..itu msh tidak cukup lagi..cr la alim ulama,berguru,blaja kitab..nanti br saudara phm apa yg mereka perkatakan..klu saudara tolak kitab2 yg mereka aja sme la jgk saudara tolak mazhab yg saudara ikut skrng..pemikiran kita x sme dngn pemikiran ulama..kdng2 kita rse kita betul..tp kita kne ingt,kita hnya berasaskan akal kita shaja..sedangkan Allah pnh bersabda manusia perlukan alQuran sebagai panduan..dan panduan inilah yg kita kne belajar.bkn hnya mengaku dngn mulut shja ianya sbgi panduan

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullah.. kenapa nak betelagah ttg perkara ni, kalau kita jadikan Al Quran sbg panduan.. knp perlu bertelagah sesama.. dahulu nabi pergi berperang untuk menegakkan Agama Islam.. dan adakah kita rasa cukup kuat utk berbunuhan dgn alasan yang hanya cuma mendengar pendapat org lain?.. dan kita pernah dengar dengan telinga sendiri ker Rasulullah mengutuk dan mencaci dan cara mana pulak etika kutukan dan cacian tu.. kita sesama muslim.. kita kan sesama islam.. apakah tanggungjawab kita sbg Islam memberitahu kesilapan seorang Islam dan bagaimana cara yang bijaksana bukan dengan makian..

Maiyah berkata...

salam.. Laa.. berserah pada Allah

Tirana berkata...

Dah jadi macam trend..bila mati mesti orang bongkarkan keaiban. Sepatutnya cerita yang baik-baik saja. Kalau tak ada cerita yang baik, lebih elok duduk diam-diam. Sebab tu lah kadang-kadang kak tirana malas nak buka newspaper.. Lebih baik baca buku tapi kadang-kadang nak tahu juga perkembangan semasa...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam......monin en.zul...la nikan akhir zaman....semua org dok nampak salah silap org lain....tapi kain depa yg koyak tak nampak...cthnya kami dua la....dok keja sekali tu pun ramai yg dengki.....kutuk kami mcm2...ustaz2 tempat kami pun kadang2 mcm tu jugak....tak semua ustaz ni bulih digelaq ustaz la...yg depa tau depa ja yg betui...dosa umpat org depa tak amik tau ka....nauzubillah...

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih di atas komen dan teguran kalian. Petikan Hadis dan kupasannya dibuat oleh Dr Mohd Asri Zainol Abidin (Dr MAZA) (bekas Mufti Perlis).

Saya tidak memandai-mandai hendak menafsir Hadis (siapalah saya....). Saya sekadar memberi sedikit pandangan dan berkongsi ilmu.

Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

SAYA HARAP SNGT2 SAUDARA BACA SMPI HABIS...TRIMA KASIH

laaa saudara x tau ke sape dr asri?dan dh berapa bnyk ulama dia ttng?dan saudara x tau kew dia trt sme ttng ulama2 bsr..dh berapa rmi dh dia ttng dan jg dia memperlekehkan institusi2 pondok..dan jg dia turut mengelurkan bnyk sngt isu2 kontroversi yg mendapat tentangan ulama laen..contohnya mengharamkan baca yaasin pd hr jumaat di perlis.sndgkn phd dia hnya bahagian hadith dan br blaja dlm linkungan 10-15thn tp sdh berani menentang ulama yg dr kecil smpi ke tua mengkaji islam..ulama tv,radio dan kerajaan kdng2 x sama dngn ulama yg bergerak secara sendirian..kdng2 mereka bnyk terbatas utuk berkata-kata..silap ckp nanti x pasal2 kne amik tindakan kerajaan..jd sy shorkan saudara jmpe ulama2 kt masjid2 atau surau ke,pastu luahkan apa yg saudara katakan dan tngk apa dia jwb..jngn cpt mentafsir..klu mcm tu la yg saudara katakan mknanya semua guru2 agama yg sy blaja serata malaysia ni x betul la..sndgkan diorng guru2 kitab besar mazhab yg kita ikut skrng..bknnye ayah pin..tp diorng bkn ulama tv,ataupun kerajaan..kata2 nya tiada kepentingan dan tiada pula takut untuk dikenakan tindakan.sbb dia bwt kerna Allah...antara ulama2 yg lantang menegur golongan yg sesat ini termasuk ustaz azhar idrus,tuan guru nik aziz,tuan guru abdul hadi,tuan guru harun din dan ramai lagi.yg pntng bkn ustaz tv..adakah saudara merasakan mereka semua ini x betul?ingt,islam dan politik berkait rapat.sy bkn nk maen politik

untuk pengetahuan saudara mksd tuan guru dini adalah golongan yg boleh mengajar kitab2 besar..dan expert semua mazhab2 besar...dan ilmu agamanya tinggi sngt2..tuan guru adalah ustaz kepada ustaz..ustaz akan merujuk tuan guru klu de mslh..tuan guru jgk bkn dipilih cam ustaz akhill hayy..dlu penyanyi rock pastu taubat,blaja agama then leh jd tuan guru..tuan guru dipilih berdasarkn keperibadiannya bermula dr kecik smpi la ke dwasa..dr kecil blaja kitab,tahfis,mendalami agama sepenuh hdpnya dan menjadi contoh kpd semua sehinggalah ke usia tuanya..dan br la ia digelar tuan guru.Diorng ini sebilangan yg telah bermimpi berjumpa rasulullah seperti tuan guru harun din.dan bnyk lg la.dan tiba2 saudara menyatakan tuan guru yg berpendapat sedemikian ni x betul..hmm..kebarangkalian saudara yg x betul tinggi sngt2...percaya la..klu nk cr ulama yg sbnr cr la ulama yg tidak terikat dngn mane2 badan kerajaan ataupun television..br dia leh kluarkan apa yg dia rase sepenuhnya..klu x dia akan ckp bertapis jgk..and saydara akan ssh jgk nk paham..nasihat sy jmpe penceramah2 bebas ataupun ustaz2 yg mengajar kitab kt masjid atau surau..yg lbh baek lg ulama yg mengikuti sunnah sepenuhnya dan bknnya ulama yg hnya pakai songkok..bkn x boleh cuma lebih baek lagi cr yg betul2

Tanpa Nama berkata...

saya pnh dngr ceramah sorang ustaz..dia ckp klu ulama mula menginggalkan sunnah rasulullah maka perjuangan mereka juga boleh diragui..bkn mereka x betul cuma 50-50 dh nk percaya ke x..dan pendapat mereka jg boleh diragui..sbb nya??ulama yg betul2 tulen akan mengikuti semuanya skali ttng islam dan cara hidup islam..ingt,ulama tv dan ulama bebas kdng2 x kn sama dlm menyampaikan dakwah mereka..ulama tv lbh berhati-hati dan bertapis dlm berpendapat sbb diorng bnyk terikat dngn kerajaan

Tanpa Nama berkata...

contoh isu2 yg ulama tentang...isu sorng ustazah tv yg jelas2 menolak dan mengatakan hudud itu x releven.siap ckp lg klu potong tngn kaki dpt apa.then bleh plak persendakan lg.(klu nk tau cr sndri kt youtube)..lalu ulama2 menentang habis-habisan dia ni walaupun di dalam masjid untuk pengajaran kpd orng laen.kemudian isu sorng artis yg hina istri rasulullah dlm satu progrram tv..siap ckp tua nk mampos lg kt istri baginda.x kn nk diam lg..x kn nk ckp berlapik lg kt manusia camni.klu x caye taip namanya then tngk kt youtube..ade je..dan rata2 time sy g masjid rmi ustaz2 yg mengutuk keras perbuatan artis ni..salah kah ulama itu?dan juga isu cerita arahan seseorng ni,yg betul2 pelik..sy x nk ckp la sape.bkn nk burukkn dia tp nk ckp cerita tu terpesong.tu je..dlm cite tu bilal pegang anjing..pastu lelaki yg sedang sdng sembahyang berjemaah dngn istrinya dirumah,lepas sembahyang dan salam nga istrinya terus mereka pun buat agenda 18sx nga walaupun hnya sedikit..apa motif semuanya ni??siap dpt itriraf lg filem ni..pastu jika ulama2 lantang bersuara masih salah ke ulama itu??kne la ckp sound direct br la orng paham siapa dia,cita yg mane satu,dan apa bntk kesalahan.spya orng laen x ikut..bkn apa,kesalahan2 tersebut adlh yg amat melampau sngt2.klu kecik2 bleh la nk ckp berkias-kias kut.nk jg hati jgk kn..tp soal2 yg serius smpikn menghina agama dh x de mse dh nk jg hati diorng.ade diorng jg mulut dan kelakuan diorng??ada diorng respect Islam??kne sound direct jgk.kalau ckp kias2 orng x paham nanti..papen fikirla dan slalu2 la berdamping dngn ulama.br anda phm..

pecinta_Islam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

satu lg cnth..bila seorng yg dianggap wira negara merentasi selat inggeris..berenang tampa henti berhari-hari...lalu ulama bersuara sbb dia berenang tampa henti berhari-hari sehingga meninggalkan solat dan tidak boleh dianggap wira negara..adakah ulama itu salah kerna mengaibkan wira negara ini??fikir la sndri...dlm keadaan tertentu ulama mmg perlu bersuara dan sound direct

15 Ogos 2009 6:30

pecinta_Islam berkata...

hmmm...ada pro kontra nya jgk ni

Tanpa Nama berkata...

Salam

Harap dapat analisa sebelum mengkritik dan bukan mengkritik kemudian menganalisa. Post en zool ni mudah aje

1) tidak baik menceritakan aib orang lain (hidup atau mati, sama je)
2)Allah tidak menilai manusia sebagaimana manusia menilai sesama sendiri dan siapa lah manusia untuk buat kesimpulan seolah2 boleh membaca rahsiaNya??
3) semua ustaz/ustazah tv atau ulama2 masjid TIDAK MAKSUM. sekali lagi, hanya Allah yang tahu.

jangan cepat beremosi..istigfar dulu sebelum mengkritik. takut2 rasa lebih berilmu dari individu2 lain itu menimbulkan riak. tapi ye lah...siapa tahu niat dalam hati masing2 ye tak? melainkan Dia.

Tanpa Nama berkata...

masalahnya yg ditentang skrng adalah ulama..dan tidak bersetuju apabila ulama mengata artis..sy nk tnye..apa pendapat anda,salahkah apabila ulama mengutuk keras d dlm masjid tindakan artis yg hina istri rasulullah??adakah ulama tersebut sedang mengaibkan artis tersebut di dalam masjid..adakah ulama tersebut bersalah dan hnya ptt ttp mulut sbb nk jg nama baek orng yg dh mengaibkn islam.lagi sy nk tnye..salahkah jika ulama mengutuk keras di dalam masjid tindakan ustazah tv yg menghina hudud..ckp hudud x releven..ckp plak potong tngn kaki dpt apa..adakah ulama itu berdosa sbb mengaibkan ustazah tersebut..ada bnda kte kne sentiasa positif,bersangka baek dan slow sket.tp klu dh smpi tahap cani mmg ptt la kte lantang bersuara..ulama la orng yg paling sesuai untuk menegur sesiapa sahaja yg melakukan kemungkaran.sbb ia berkait dngn bidang ilmunya.tegur secara terang2 sbb bnda tu dh jd isu scra terang2..sape x mrh.bkk la youtube..taip la nama artis yg pnh kne ban kt rtm tu.tngk apa dia ckp kt istri rasulullah..hina kt istri rasulullah tu.klu awk islam mesti awak panas..klu ulama lagi la berapi..tmbh2 yg warak.memperjuangkan pula islam.mestila mrh sngt2.nk suh ak sebut ke nama artis tu,nantikan ckp ak mengaibkan nama dia plak...klu ulama mengecam artis sebegini masih salah lagi ke??siapa kita nk tentang ulama??dh ckp kah ilmu didada..sbb yg sy jmpe bkn sorng dua ulama yg ceramah menentang artis2 dan golongan sebegini time ceramh kt masjid.rmi sngt2.termasuk jgk penulis blog ini sndri,dia pnh jmpe ulama yg mengata artis didalam masjid.bce la blog dia.owh mksdnya ramai sngt la uztaz2 yg mengajar kt masjid di malaysia ni yg x betul kan..camtu ke??adakh diorng semua ni x betul dan anda yg betul..siapa anda??anda hanya manusia biasa yg krng ilmu agama..sama mcm saya jgk..tp sy x tolak pndpt majoriti ulama kt luar sana..sbb sy hnya mcm anda,tiada ilmu yg ckp untuk menentang majoriti ulama yg menetang golongan sebegini..sy menghormati pemilik blog ni lagi sbb mungkin dia x tau keadaan sbnr lg ataupun krng pendedahn..tp sy agak naek drh kt pengomen yg kt atas tu..bile dh bce msh x paham2 lg...nk kne ckp a-z dlu..tu pun blum tentu lg nk paham..mungkin jg ada yg lebih selesa menerima pndpt dr pakar motivasi,professor dan golongan akademik cerdik pandai ataupun ustaz dr tv shja..klu pndpt ulama2 kt luar ni rmi yg mempersoalkan..pndng negatif..itu la ini la..klu berpendapat hnya Allah yg tau semua perkara(sememangnya)dan baek duk diam semua..ttp mulut..klu de orng menjatuhkn islam.jngn benci dia..mane tau suatu hr ni dia taubat,jd kekasih Allah dan masuk syurga..mmg la betul..tapiiiii..pk la sendiri

Tanpa Nama berkata...

kebiasaanya yg sy jmpe..biasanya klu golongan yg slalu belajar kitab,berguru,g surau,slalu ikuti kuliah2 kt masjid dan slalu mendalami islam biasanya jrng untuk menetang golongan ulama di luar sana..tp yg biasa menentang ulama ni golongan yg hidupnya biasa je,g kje balik kje,bersama anak bini..biasa2 je..golongan cani yg slalu tidak sependapat dngn ulama ni..TAPI x semua la..cuma kebiasaannya yg sy jmpe yg x sependapat dngn ulama adalah golongan sebegini..x pula sy jmpe bdk tahfis ke,bdk mengaji kitab ke yg x sependapat dngn ulama ni..knp eh

Tanpa Nama berkata...

kebiasaanya yg sy jmpe..biasanya klu golongan yg slalu belajar kitab,berguru,g surau,slalu ikuti kuliah2 kt masjid dan slalu mendalami islam biasanya jrng untuk menetang golongan ulama di luar sana..tp yg biasa menentang ulama ni golongan yg hidupnya biasa je,g kje balik kje,bersama anak bini..biasa2 je..golongan cani yg slalu tidak sependapat dngn ulama ni..TAPI x semua la..cuma kebiasaannya yg sy jmpe yg x sependapat dngn ulama adalah golongan sebegini..x pula sy jmpe bdk tahfis ke,bdk mengaji kitab ke yg x sependapat dngn ulama ni..knp eh

Tanpa Nama berkata...

sbb diorng nmpk apa yg ulama nmpk

Tanpa Nama berkata...

tumpang lalu sket..bkn nk gaduh cme nk tmbh pe yg korng bincanng ni...kita dh akhir zaman skrng..bila ulama menegur kita tentang ulama plak..pelik betul,knp kita nk tentang..ulama bknnya minum arak,berzina,berfoya-foya..diorng ibarat ibubapa kpd kita.dan kita anak2..bila anak bwt salah ibu bapa tegur la..dan bila dh bwt slh besar sngt ibubapa pukul la..sama la jgk ulama,mereka menjaga umat..tidak salah untuk mereka lantang menegur..sbb klu mereka ttp mulut mereka yg akan berjawab nanti.soal aib dh x timbul..mmg kewajiban ulama untuk menegur..ulama pewaris rasulullah..klu dia lantang menegur pun mmg patut la..tngk la kelakuan manusia akhir zmn skrng.trk sngt2..knp kte nk membela orng yg ditegur.yg ditegur tu orng yg bwt slh..dp kte membela orng yg ditegur ni baek kte duk diam je.itu lbh baek.ayah(ulama) menegur anak-anak(umat untuk kebaikan.spya anak2 laen x ikut dan dia brubah.tu je..tp anak biasa la..bila ayah tegur je protes,xpuas hati..lumrah dlm keluarga..terima kasih kerna sudi bce
:)

Guru berkata...

saya bersetuju dengan tuan rumah...
sangat bersetuju

Hanisham Ab Halim berkata...

Saya sangat bersetuju dengan tuan rumah. Dan pendapat saya sama dengan Tanpa Nama 16 Ogos 2009 12:13. Simple dan senang je nak faham. Layanzzzzzz......

ZOOL@TOD berkata...

Kerana itulah pepatah melayu ada mengatakan rambut sama hitam hati lain-lain.

Allah MAHA MENGETAHUI setiap sesuatu. Semoga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk.

daingz berkata...

Syurga dan neraka urusan Allah. Tapi jalan dan laluan telah diberi... pilih ajer...

Pernah seorang guru memaklumkan pada saya... jika tidak tahu pilihan yang mana ikut kata hati... berfikir secara pasti berdasarkan ilmu yang kita ada... kemudian serahkan pada Allah untuk meredhai jalan kita. Allah maha mengetahui tentang niat kita. Pokok pangkalnya niat.

Sungguh... setiap perkataan kita kadang2 tanpa disedari boleh mendatangkan musibah tak kira samada diri kita atau diri orang lain. Sebab itu kita harus lebih banyak bergaul dan membaca bagi mendapat lebih ilmu. Tapi apa yang pasti, saya setuju denga zool, secara keseluruhannya... tak perlulah kita mengaibkan orang lain samada hidup atau mati... kerana kita juga tak mahu aib kita diperkatakan... malu juga keluarga kita nnt... Kematian orang lain sepatutnya memberikan keinsafan pada diri kita sendiri bukan memberi peluang untuk kita mula menunjuk2 kebaikan kita... kita mungkin sedang diuji. Allah maha mengetahui.

Masterzizoul berkata...

yang hebat lagi baru-baru ini ada alim yang boleh tentukan siapa masuk syurga siapa masuk neraka. Tuhan bisa mengampunkan dosa seperti pepasir di pantai, siapa kita mahu mengambil kuasa tuhan. Seorang ahli maksiat memang teruk tetapi lebih teruk orang yang mengsyirikkan Allah. Di awal mungkin kita seperti ahli syurga tetapi penghujung? mungkin ahli neraka. Mohon senantiasa keampunan tuhan, alim jahil belum tahu kemana