Ahad, 27 September 2009

4 & 5 Syawal

Aimi, Chu, Hanis, Huda dan Shida

Yeop (sepupu), Kak Jan (isteri Yeop), Kak Nah (isteri Cho), Shida (anak Yeop) dan Aimi

Liza (menantu Abang Hamdan), Wardah, Udi dan Fathy
Eisya, Sarah dan Nurul (anak Udi)

4 Syawal
Kami sekeluarga pulang ke Seri Iskandar awal pagi kerana singgah beraya di rumah Mak Saudara di Teluk Intan (Nyah Mon). Lebih kurang tengahari kami sampai di Seri Iskandar dan mendapat panggilan dari Huda (adik saya) yang menyatakan hasrat untuk beraya pada petang tersebut. Abang Teh (abang saya) dan Yeop (sepupu saya) akan turut serta (2 buah kereta dan sebuah MPV). Kami dengan segera mereka juadah yang sesuai.

Kemudian kami menerima satu lagi panggilan dari Udi (anak Allahyarham Abang Sapuan, abang ipar saya) yang nak singgah beraya malamnya. Udi dari Pulau Pinang beraya di rumah adik-beradik suaminya. Abang Hamdan dan anak-anaknya dari Ipoh ingin turut serta kerana Udi tak sempat nak beraya di Ipoh di rumah abang Hamdan (1 kereta dan 1 MPV). Menu apa yang sesuai?

Bihun Tom Yam, nasi putih, telur dadar, kuih raya, air sirap dan teh panas. Abang Hamdan turut membawa bekalan makanan tambahan (mi rebus ramli (terkenal di ipoh), roti nan, capati, keropok lekor dan sebagainya). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan.

Kak Andak & Siti

Wadi, Andak, Kak Andak, Aliya dan Siti

Amru Al-Qais dan Ahnaf Al-Qais

5 Syawal
Malam 4 Syawal, Siti (adik saya) menyatakan hasrat untuk beraya di rumah kami. Siti beraya di Kedah (rumah mertuanya). Sebelum ke rumah saya Siti nak berya di rumah Andak (abang saya) di Siputeh (14 km dari rumah saya). Saya terus menelefon Andak mengajaknya untuk datang ke rumah saya bersama-sama Siti. Saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk beraya di rumah Andak bersama-sama Siti. Menu: Bihun Goreng Udang, Nugget Dragon Ball, Nugget Tempura, kuih raya dan air sirap.

Budaya ziarah-menziarahi ini merapatkan lagi ikatan kekeluargaan kami. Saya berdoa semoga ianya akan berterusan. Amin

9 ulasan:

Maiyah berkata...

salam.. wah sronok nyer, meriah ler kat umah :)

al-lavendari berkata...

semoga kita semua di panjangkan umur olehNya agar dapat lagi ketemu pada tahun hadapan.

Ben Sedqi berkata...

salam aidilfitri....maaf zahir batin, wah meriah tul raya zool....hehe, tumpang ceria...

raudhah insyirah berkata...

meriahnye raya..

family kiteorang raya 4 n 5 dah tak kemana...duduk diam2 kat umah je...

Pn Kartini berkata...

salam..
saLAM aidil fitri..
Tika raya camni laa nak jumpa sanak saudara..yg jauh didekat2kan..yg dekat dimesra2kan....tak ke gituu..:):)

Guru berkata...

assalammualaikum

selepas raya ni, menu yang mestinya ialah, mee, bihun atau laksa lah ya...

ZOOL@TOD berkata...

Memang meriah. Kami kedua-duanya dari keluarga yang besar. Ada lagi 3-4 keluarga yang belum datang.

Menu mi, bihun, laksa atau kuey tiau tu standard le. Cepat dimasak,sedap dimakan, senang sikit nak mengemas.

Kalau tak sempat, kuih raya je leeee.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

bestkan kalau keluar ga besar....saya yg sulung adik baru nak kawen hujung thn nih...hubby plak 2 beradik jer....

ZOOL@TOD berkata...

Alimaz,
Tambah le anak lagi. Sekurang-kurangnya anak-anak nanti akan merasa keluarga yang besar