Rabu, 9 September 2009

Hukuman Sebat (Cara Islam vs Cara Sivil)


Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.



SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Biasanya, sebatan secara sivil meninggalkan kesan yang kekal kepada pesalah dan pesalah akan terkencing dana ada kes hingga terkeluar najis.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Sumber: olahan semula emel dari seorang kawan.

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Janganlah kita menjadi manusia yang mudah melatah... membuat andaian mengikut akal yang cetek sebelum memahami apa sebenarnya yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa (peringatan untuk diri sendiri ..)

Hanisham Ab Halim berkata...

Oooo.. sbb tu Jabatan Penjara takde tukang rotan. Sbb yang ada semua tukang rotan yang jenis sivil. Yang jenis ikut hukum Islam setakat ni tak prepare lagi. Barulah aku paham. Tapi camne boleh jadi NEGARA ISLAM kalau benda camni pun takde yer??? Oooo.. sbb kita pentingkan 1 Malaysia je bukannyer Islam....

zai berkata...

Salam Zool...

Sedih apabila memikirkan Kita yang dikenali sebagai sebuah negara ISLAM ttp memilih utk membuat hukuman sendiri dari memilih hukum Allah dan buktinya kini... sehebat manapun hukuman ciptaan manusia tetap gagal untuk mengekang maksiat yang semakin berleluasa di Malaysia..

We are failed...itulah bodohnya manusia...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...itu semua baru hukuman
diatas muka bumi-Nya saja ....diakhirat..esok..lebih dasyat lagi..nauzubiillah...

ZOOL@TOD berkata...

Masalahnya Malaysia tidak mengamalkan hudud dan kelonggaran penguatkuasaan undang-undang sivil memburukkan lagi keadaan.

Lihat saja disekeliling kita zina, gay, lesbian, black metal, rasul palsu, arak, dadah, rasuah dan maksiat lain berleluasa.

Mereka begitu bongkak melakukan maksiat dan dosa. Lebih hina lagi ada yang begitu berbangga dengan dosa-dosa besar yang mereka lakukan secara nyata.

al-lavendari berkata...

sebat cara Islam, belum bersedia. zakat cara Islam dah ...!

Maiyah berkata...

salam.. kalo pompuan tak pernah ler kene rotan cam dlm penjara tu tapi sy ada beberapa kawan lelaki dolu2 yg dah kene hukuman sebat sampai 10 sebatan berbirat birat tapi masih gak tak serik, mrk siap kata kacang!! :(

Hanisham Ab Halim berkata...

Astaghfirullahal Azim.. Dah kena berbirat2 pun boleh kata kacang... Aduhaiiii... camne tu... Hebat betul diorang...

ZOOL@TOD berkata...

Tu bukan hebat tapi bebal

Kamsiah yusoff berkata...

ngeri....pasti parut tak hilang..