Khamis, 12 November 2009

Alhamdulillah

Semalam sebelum subuh (pukul 5 pagi) abang-abang ipar saya (abang Hamdan dan abang Akhi) datang ke rumah untuk membawa saya ke IJN (temujanji pukul 10:30 tetapi saya perlu membuat x-ray terlebih dahulu). Sampai di IJN saya ditemani oleh abang Hamdan. Abang Akhi, Mbok, Wardah dan anak-anak saya terus ke rumah Udi (anak Allahyarham abang ipar saya, Hj Safuan Zaki) di Keramat. Udi baru melahirkan anak keduanya pada hari Sabtu lepas. Cicit ketiga Mbok (ibu mertua saya).

Nourul Irdina

"Cantik! Paru-paru dah kembang penuh cuma diapraghm belum berfungsi dengan sempurna lagi" kata doktor pakar selepas meniliti x-ray saya. Menurut beliau diapraghm saya mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk berfungsi dengan baik. Temujanji seterusnya dengan beliau pada 14/4/2010 (lebih kurang 6 bulan lagi) untuk melihat perkembangan paru-paru dan diapraghm saya. Alhamdulillah.....

Saya diberi MC tambahan selama 14 hari. Kepasa semua terima kasih diatas doa, perangsang dan nasihat yang dititipkan buat saya. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-puan sekalian.

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah.. manafaatkan cuti itu untuk berehat. Jangan buat kerja yang berat dan jangan beratkan fikiran dengan masalah dan bebanan...

Pn Kartini berkata...

Salam Mr Zool..
Alhamdulillah..:):)

Hanisham Ab Halim berkata...

Zool,
Selamat berehat. Nanti email aku no henpon. hanisham79@gmail.com

Maiyah berkata...

alhamdulillah.. harap akan baik segala-galanya :)

zai berkata...

Salam Zool,

Kak Zai doakan semoga diberi kesihatan yg semakin baik setiap hari..

kesakitan itu adalah sangat baik sebagai peringatan kpd kita semua kerana kalau sentiasa sihat dan sentiasa ok kesemuanya kita akan kurang merasa bersyukur dan lupa akan kematian yg wajib bagi semua makhluk yg bernyawa..

Kalau dah bercuti tu bermakna harus berehat jadi jangan beratkan fikiran dari memikirkan perkara yg bukan2 ok..

Tirana berkata...

Lega dengar berita baik..mudah-mudahan Zool akan terus sihat. Jaga diri baik-baik ye..jangan lasak2 sangat..hehehe

Kamsiah yusoff berkata...

Alhamdulillah...makin baik,makin positif perkembangan kesihatan en...

_missRamdhan_ berkata...

salam sir zool..
sy student sir, AC3A..
sbenrnya kami da lame dgar khabar sir masok ijn..tp baru skrg sy berksempatan nak bkak blog sur lg..mklumla,sbok exam..hehe untuk pgthuan sir,sy peminat blog sir ni..heheh..
berbalik kpd sir,alhamdulillah sir da sihat..doa kami untuk sir kami x lupe..spnjang sir cuti,agak terkontang kanting jgakla kami..heheh..tp alhamdulliah lecterur2 laen tgak lokek nak bantu kami smua..lg2 pn.farizan..
kami harp sir smakin smbuh n kmbali bkerja blik..tak puas rasenya kami blaja costing dgan sir..heheh.. hari ni,kami ada paper costing..alhamdulillah soalan ok..doa sir untuk kami amat di harapkan..amin..
k la..byk2kan brehat n smpaikan salam kami untuk wife sir, pn.wardah..n anak2..
assalamualaikum..