Selama 5 hari di Hopital Besar Ipoh (wad kelas 3, kes tak de GL), pelbagai ragam manusia dapat saya perhatikan.
Ketabahan seorang isteri yang setia menunggu suaminya yang terlantar menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Memburukkan keadaan, beliau kerap dirasuk makhluk halus ketika di Hospital Ipoh.
Kecekalan anak saudara yang menemani bapa saudaranya yang dipinggirkan oleh anak dan isteri sendiri. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang. Tapak kakinya luka hingga menampakkan tulang kerana kencing manis. Dan agak mendukacitakan sikapnya yang agak kasar dan angkuh dengan jururawat-jururawat dan orang disekelilingnya.
Di sebelah kanan katil saya seorang Cina lewat 60-an yang menghidap penyakit kulit yang serius. Beliau hanya mampu terlantar dan semua urusan hariannya (makan, minum dan buang air) dibuat oleh jururawat. Pelawatnya hanya 2 orang pasangan cina lewat 60-an yang kerap menengking dan memarahinya.
Dan paling saya simpati dengan pesakit di katil sebelah bernama Angah a/l Pandak, pribumi lewat 50-an. Paru-paru sebelah kirinya dipenuhi nanah dan "chest tube" dimasukkan ke paru-paru sebelah kirinya. Beliau sakit ketika bekerja membuat jalan dari Kelantan ke Thailand. Beliau dihantar ke Hospital Alor Setar dan kemudiannya ke Hospital Ipoh. Beliau tidak tahu di mana anak dan isterinya.
Pada hari ke-4 barulah saya nampak kelibat kaum kerabatnya yang diterbangkan (oleh pihak JOA) dari Kelantan. Maka terjadilah drama sedih lagi pilu (walaupun saya tidak faham apa yang mereka pertuturkan tetapi peristiwa itu cukup meruntun hati hingga bergenang airmata saya).
Sewaktu ditemuramah oleh pelajar-pelajar saya (yang melawat saya), Angah mengatakan beliau akan "merindui" saya kerana hilang teman berbual (esoknya saya akan ke IJN). Sebelum ke IJN saya tinggalkan sedikit wang belanja untuk Angah dan sedikit makanan (yang diberi oleh pelawat-pelawat kepada saya semasa di Hospital Ipoh).
Saya bersyukur kepada Allah kerana saya mendapat sokongan dari isteri, ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga keakraban ini berkekalan dan semoga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan buat kita semua. Amin.

13 ulasan:
pengalaman dan cukup menarik untuk dikongsikan..
oleh sesiapa yg tidak pernah terlantar.
saya ada sekali - kena denggi masa kem PLKN lumut....ceritanya lebih kurang...
hari ini hari orang esok mungkin hari kita...
N3 ini cukup menyedarkan erti kasih sayang.....
Menarik pengalaman tu zool. Macam-macam kita boleh tengok bila dok kat spital kelas 3 ni.
Tinggal di hospital boleh menginsafkan kita dengan pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang lain. Mungkin ketika itu kita bersyukur kerana situasi kita tidak seteruk mana. Pengalaman menarik untuk dikongsi..terimakasih!
Di saat sakitlah, kita mengetahui sama ada orang di sekeliling kita benar-benar ikhlas menyayangi kita atau sebaliknya...
salam,
semoga saudara segera sembuh, diberi kesihatan yg baik smula. Sesungguhnya nikmat yg paling bmakna adalah kesihatan yg baik.
syukurlah kita masih ada saudara sekeliling yg sudi mnjaga&mrawat kita..
Rakan akrab yang kita sangkakan yang akan muncul melawat tak kunjung jelma, sebaliknya rakan-rakan yang benar-benar mengambil berat yang bertandang bertanya khabar dan memberi perangsang. Adat dunia.
Saya benar-benar menghargai masa yang diluangkan untuk menjengah saya dalam kesibukan urusan seharian. Saya menjadi lebih peka sekarang.
Zool@Tod,
Akak hanya akhir2 ni dah pandai menempah CCU di Hospital. Kalau dulu, masuk wad hanya kerana bersalin dan tetamunya hanya saudaramara dan adik beradik. Bila lama menetap di CCU, ramai teman-teman yang datang ziarah. Memang seronok rasanya.. tahulah yang mana teman masa susah dan sakit.....
Adik beradik dan saudara, memang mereka akan datang berulang kali... tapi kawan2... memang memberikan kekuatan buat si sakit.
bahagian masing2.. lain org lain cite disebaliknya
masa sy kat spital slama 3 bln dlu pun macam2 org sy jumpa
bukan pesakit aje tp kerenah jururawat2 pun bermacam2 gak :)
tu la situasi bila berada di spital
samada sbg pesakit atau pelawat
mcm2 ragam dapat dilihat...
penyakit pulak pelik2...
masa dok tunggu anak sulung tejatuh motor dulu
'kwn' sblh katinya..dah teramat kurus kering..dah 6 bln berada di spital..
ciannya...
assalammualaikum
begitulah ya... kenangan dan pengajaran hidup yang tentunya akan setia dalam memori
Salam cikgu zool.
dari pengalaman hidup mengajar kita erti kehidupan, kematangan dan ketabahan,InsyaAllah.Ketika melalui detik seumpama ini, kita akan dapat lebih memahami derita insan lain, yang mungkin selama ini kita bersimpati,namun kali ini kita lebih empati,kerana kita sendiri melalui pengalaman seumpama ini.
Pengalaman saya berada di lantai hospital memang menemukan dengan pelbagai ragam pesakit.Ini membuatkan kita akan lebih bersyukur.

p/s saya juga pernah temui pesakit yang meracau-racau semasa di wad kelas 1 untuk 2 orang,sampaikan nurse pun sian kat saya yang tak boleh nak tidur kat wad tu. saya merayu kat nurse biarlah beri saya wad ramai pun takpe,janji saya tak sesorang ngadap pesakit seumpama itu.
salam...ooo baru saya sedar, cikgu zool ni suami wardah rupanya,..kawan FB saya, oklah macam tu...dah sihat dah?...saya doakan yang terbaik..
Memang banyak perbezaan antara wad kelas 3 dengan yang lain,..sangat menginsafkan,..barulah sedar masih rmai yang lebih buruk nasibnya dari kita.
Catat Ulasan