Sabtu, 14 November 2009

Tangan gatal.....

Hari ni terasa bosan tahap "gaban". Tangan dah gatal nak pegang steering dan saya mengajak Wardah ke pasaraya TF di Batu Gajah untuk membeli barangan dapur. Saya rasa agak kekok dan sukar terutamanya ketika membuat pusingan U.

Hari ini juga saya berjalan agak jauh (berlegar-legar di dalam pasaraya itu sambil mencari barang-barang keperluan kami sekeluarga). Kami jarang membeli belah di pasaraya ini tapi disebabkan saya masih belum yakin untuk memandu hingga ke Ipoh (45km dari rumah kami) maka kami membuat keputusan untuk membeli belah di Batu Gajah (20 km dari rumah kami).

Sampai sahaja di rumah saya rasa sedikit tidak selesa di bahagian luka pembedahan di depan dan di belakang saya. Terasa lenguh dan berdenyut. Ternyata saya masih belum boleh memandu lagi. Wardah nampak gayanya akan menjadi pemandu/ supir saya sekurang-kurangnya 1 atau 2 minggu lagi.

Ya mbak supir siapkan keretanya, saya mahu ke kantor......

9 ulasan:

Maiyah berkata...

siap pak :D

Tirana berkata...

Kak Tirana dah lama dan jadi supir..hehehe

Kakcik Seroja berkata...

Adoi Zool.. bawak2 le bersabo.. tak lari ke mana kereta tu! Kesihatan tu yang utama...

zai berkata...

Salam Zool..

Jangan paksa diri buat sesuatu melebihi kemampuan..bahaya tu..banyak2lah berehat k..nasib baik wardah pandai memandu..ada juga isteri yg langsung tak pernah pegang stereng keta walaupun ada lesen memandu yg dihidupkan setiap tahun.bila terjadi sesuatu kepada suami macammana ?

Semgoa cepat sembuh..

Masterzizoul berkata...

salam....lama x komen kat blog nie..sibuk sikit hujung sem beser r. Tahniah atas jawatan baru moga terus berjuang dalam dunia pendidikan, tentang penyakit itu adalah ujian dari Allah. kiranya da check and balance..semoga saudara tabah menghadapinya.

Guru berkata...

assalammualaikum

benda dah terbiasa memang susah nak tinggal... tapi apa pun, bersabarlah...

Pn Kartini berkata...

salam mr Zool..
aduhaii..
Bawak2 bersabar..!!Ikut jeklah nasihat doktor tu..tak yah langgar pantang larangnya..Kesihatan tu ptg!:)

Hanisham Ab Halim berkata...

Zool,
Sabar dulu. Jangan drive lagi. Wat masa ni rehatlah banyak-banyak. Memanglah boring tapi kesihatan tu perlu diutamakan....

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam....tu la dah tau tak sihat lagi awat yang dok gatai tangan bawak kreta tu....rehat2 la dulu bagi baik sakit tu....jangan mare membebel ala2 mak nenek gitu...