Rabu, 18 November 2009

Pak Usop Bangsal

Saya ke Hospital Batu Gajah untuk melakukan pemeriksaan X-Ray seperti yang diarahkan oleh Dr. Zakaria (Dr. Klinik Panel UiTM). Saya di hantar ke Hospital Batu Gajah oleh Shatari (rakan sekerja saya yang sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah (PhD) di Uitm Malaysia). Saya tiba di Hospital Batu Gajah sekitar pukul 5:30 petang.

Saya menjalani pemeriksaan X-Ray sekitar pukul 8:00 malam. (Kenapa lambat sangat? Entahlah, mungkin "standard" mereka begitu. Sabar je lah). Sementara menunggu giliran untuk pemeriksaan X-Ray saya makan di warung berhampiran.

Saya bertemu dengan Pak Cik Usop Bangsal yang berasal dari Sg. Tiang, Bagan Datoh. Beliau mengenali keluarga ibu mertua saya. Beliau berumur lewat 60an dan seorang yang ramah. Perkara biasa di kampung-kampung, bila ada lebih dari seorang yang mempunyai nama sama, maka akan ada nama gelaran supaya lebih mudah dikenali. Begitu juga Pak Usop.

Beliau ke Hospital Batu Gajah kerana melawat anaknya yang pengsan sewaktu bekerja. Kami berbual agak panjang dan beliau tahu mengenai majlis perkahwinan Amy & Sham di Langkap dan memaklumkan kepada saya yang beliau tidak dapat menghadiri majlis tersebut. (Pak Usop menaiki bas dari Bagan Datoh seorang diri untuk ke Hospital Batu Gajah)

Selesai makan beliau bangun dan ingin membayar makanan kami. Saya dengan cepat membayar terlebih dahulu. Secara berseloroh saya berkata, biar orang muda yang belanja. Beliau tersenyum dan mengirim salam kepada ibu mertua dan keluarga ibu mertua saya terutamanya abang Azam. Selepas discaj dari IJN saya memaklumkan kepada ibu mertua saya tentang Pak Cik Usop Bangsal.

Dan semalam ibu mertua saya memaklumkan melalui telefon yang Pak Cik Usop Bangsal telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

AL-FATIHAH

16 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Al Fatihah.

Hanisham Ab Halim berkata...

Al Fatihah... Sesungguhnya maut tu berada diantara pejam dan celik. Kalau dah pejam bimbang tak sempat nak celik maut dah mencelah. Begitu jugak kalau celik takut tak sempat nak pejam maut dh mencelah.....

ZOOL@TOD berkata...

Betul tu Echam. Masa pembedahan hari tu saya terfikir adakah saya akan sedar semula atau.......

Saya pasrah. Saya hanya berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang akan saya tinggalkan sekiranya pada ketika itu malaikat maut menjemput saya.

Saya amat-amat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk membuat amal ibadah.

Tirana berkata...

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh pak usop.

Hussien, Abu Zaid berkata...

Inalillahiinalilillahirojiun.

Allah itu Maha Menyanyangi, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.


Walaupun jarak diantara Batu Gajah dan Bagan Datoh bukanlah satu jarak yang dekat,dengan umurnya yang begitu lanjut membuatkan saya rasa terharu melihat pengorbanan seorang bapa untuk melihat anaknya yang ditimpa musibah. Menaiki bas seorang diri. Sungguh mengharukan...

Unknown berkata...

..........
bila saya sakit - saya anggap ni sebagai satu ' gift ' sebab : dihujungnya kita sama aja

semuga kita dipermudahkanNya.

Guru berkata...

assalammualaikum

innalillahi wa inna ilaihi rojiun

semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang2 soleh . ameen

Maiyah berkata...

innalillahi wa inna ilaihi rojiun
moga roh dicucuri rahnat

pd en zool moga dah semakin baik :)

MaMa MoDeN berkata...

salam zool & wardah..
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
dari Allah kita dtg kepada Allah kita kembali, sesungguhnya mati itu tidak diawal & tidak dilewatkan walau sesaat pun. Bila sudah tiba masanya siapa, bila, dimana2 sahaja akan berlaku.

betu zool, pengalaman mama masa buat sedikit pbedahan kecil dulu. Ketika mahu dipengsankan oleh dr, bukannya takut, bimbang lalui sakit pbedahan tu tp bimbang takut apa yg akan mama lalui masa pengsan tu...

Alhamdulillah akhirnya mama hanya sedar smula selepas 1 jampbedahan tanpa lalui mimpi2 atau kejadian2 ngeri ketika pengsan..

dalam hati berkata beranak 7 orang pun tak takut macam lalui masa pbedahan tu...

yusoff rusli berkata...

name dah same..gelaran je yang lain..ape2 pun..inalillah..setiap yg hidup pasti menemui mati..

Ibu n Abah berkata...

Innalillahhiwainna ilai hirojiun..

Selalu begini... kita baru jumpa sebentar tadi, berbual-bual.. tiba-tiba diberitahu arwahnya sudah tiada..

ZOOL@TOD berkata...

Pengajarannya, selalulah mengingati mati supaya kita lebih bersyukur, lebih mengingati Allah dan lebih gigih berusaha kerana kita tidak tahu berapa banyak masa yang tinggal.

Pn Kartini berkata...

Salam..
Semoga rohnya dicucuri Rahmat...dan ditempatkan golongan mereka yg beriman....

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

al fatihah....buat allahyarham...semogarohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...aminnn..

ummu berkata...

Salam
alfatihah untuk Pak Usop Bangsal.Dari Bagan Datoh naik bas seorang diri ke Batu Gajah?subhanallah, kuatnya semangat arwah..saya yang muda dulu pun ,menunggu bas dari Selekoh ke Teluk Intan pun terasa penat.

Kamsiah yusoff berkata...

Alfatihah..semoga arwah dipermudahkan segala urusannya disana