Rabu, 4 November 2009

Peristiwa besar dalam hidup saya

16 Oktober 2009
Saya dimaklumkan oleh tuan Pengarah Kampus UiTM Perak bahawa saya dinaikkan pangkat ke jawatan pensyarah kanan UiTM bermula 1 Oktober 2009. Alhamdulillah. Petangnya kami sekeluarga telah bersiap-siap untuk ke Langkap untuk menghadiri majlis perkahwinan Amy (anak abang Azam) & Sham. Kami bercadang untuk bermalam di hotel berhampiran Langkap.

Pada masa yang sama saya merasa tidak "selesa" ketika bernafas. Nafas pendek. Saya maklumkan kepada Wardah dan terus ke klinik berhampiran. Di klinik doktor mendapati "airflow" di paru-paru sebelah kanan saya tidak normal dan beliau megnarahkan saya melakukan X-Ray di Hospital Batu Gajah.

Pukul 8 malam melalui keputusan X-Ray doktor mengesahkan saya diserang pneumothorax sekali lagi. (Saya pernah diserang spontaneous pneumothorax pada 06/06/2006). "Chest tube" dimasukkan ke dada sebelah kanan saya sedalam 10 - 15 cm (suatu proses yang menyakitkan) untuk mengeluarkan udara yang menghimpit paru-paru saya. Kemudiannya saya dihantar ke Hospital Besar Ipoh dengan ambulan.

20 Oktober 2009
Setelah 4 hari bermalam di Hospital Besar Ipoh doktor pakar memaklumkan bahawa "chest tube" tersebut tidak dapat dicabut kerana pneumothorax itu kembali terjadi. Rawatan susulan perlua dibuat sama ada di Hospital Pulau pinang atau IJN. Doktor pakar tersebut membuat keputusan supaya saya ke IJN kerana takut-takut berlaku komplikasi lain. Mengikut kata doktor pakar tersebut ruang di antara paru-pau dan tulang rusuk sebelah kanan saya mungkin terdapat kebocoran dan proses "wax" atau tampalan melalui video-assisted thoracoscopic surgery (VATS).

23 Oktober 2009
Pakar bedah IJN memaklumkan kepada saya prosedur yang akan dilakukan. Prosedur ringkas "fastrack" di mana selepas pembedahan VATS saya akan dimasukkan ke wad semula. Pakar bedah tersebut turut menjangkakan sekiranya terdapat masalah pada diafragma pembedahan ini akan lebih kompleks.

24 Oktober 2009
Saya dapati diri saya di ICU. Pakar bedah tersebut memaklumkan kepada saya yang diafragma saya bermasalah (ianya lembik seolah-olah saya baru mengalami kemalangan dengan impak yang kuat). Pembedahan membetulkan (repair) difragma dilakukan.

25 Oktober 2009
Saya diberi morphin secara berterusan selama 4 hari. Kesannya, saya tidak ingat kebanyakan peristiwa yang berlaku pada hari-hari tersebut.

2 November 2009
Saya dibenarkan pulang ke rumah. Rawatan susulan di IJN pada 11/11/2009. Untuk 6 minggu berikutnya saya hanya boleh tidur dalam posisi berbaring 45 darjah dan tidak boleh mengangkat bebanan melebihi 3 kg.

Kepada ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya, terima kasih kerana menziarah dan mendoakan kesejahteraan saya.

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Tahniah atas kenaikan pangkat dan takziah atas sakit yang menimpa. Apa2pun DIA Maha Tahu apa yang terbaik buat hambanya. Walaupun sakit, mungkin ini masanya untuk merehatkan minda.

Ibu n Abah berkata...

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat. Dan juga turut merasakan bagaimana sakitnya semasa buat 2x chest tube kerana saya juga mempunyai masalah yang sama pada bulan july-august dulu.
Semuga tabah dan selamat menjawat jawatan baru.

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

tahniah en zool dapat naik pankat...saya doakan semoga en zool cepat sembuh...kirim salam buat kak wardah...

Kassim Selamat berkata...

Salam Tuan,

Saya doakan tuan cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Tahniah juga di atas kenaikan pangkat tuu.

Kamsiah yusoff berkata...

tahniah..naik pangkat..
dan sabarlah mghadapi ujianNya..
kata org,sakit tu menghapuskan dosa2 kita..

Maiyah berkata...

tahniah dan hrp terus kool krn ini semua adalah kasihsayang Allah pd kita kan..

moga kembali ceria n sembuh kembali :)

Guru berkata...

assalammualaikum

tahniah atas rezeki yang datang..
di harap juga agar cepat sembuh dan terus menabur bakti

zai berkata...

Salam Zool..

Patutla dah lama tak update blog..tak sangka banyak peristiwa mencabar yang berlaku dalam hidup zool dalam beberapa waktu ini..

kak zai sangat bersedih dan berharap zool akan cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik dari hari sehari...

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih.

Dugaan yang saya hadapi tidak sehebat saudara Kassim Selamat, Kak Maiyah mahupun Ibu n Abah.

Insya-Allah saya tabah menghadapi denagn sokongan dan bantuan terutamanya dari isteri tercinta, ahli keluarga, rakan2 dan pelajar2 saya.

Semoga Allah memberi kita kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Tirana berkata...

Salam Zool...

Tahniah dapat naik pangkat! Alhamdulillah..

Boleh kak tirana tahu apa punca penyakit Zool tu? Rasanya bukan disebabkan oleh virus kan?

ZOOL@TOD berkata...

Doktor pakar pun tak tahu. Biasanya yang dapat penyakit ni perokok tegar (heavy smoker) yang berumur 50 tahun ke atas.

Dalam kes saya dia membuat andaian yang saya sememangnya mempunyai diafragma yang lemah.

Wallahhua'lam.

hazeleyed lady berkata...

Ass-salam ZOOL
Tahniah kerana dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah lantas bergelar pensyarah kanan.Bersabar dengan dugaanNya...
Semoga cepat sembuh dan ceria disamping keluarga tercinta.