Isnin, 3 Ogos 2009

Jangan mencari kesalahan dan keaiban orang

Hari ini saya menonton rancangan mengenai Allahyarham Yasmin Ahmad di Astro Awani dan saya begitu tersentuh dengan pandangan ahli keluarga dan sahabat-sahabat beliau. Saya begitu sedih dengan "bloggers" dan akhbar yang menceritakan hal negatif beliau. Hari ini juga ibu Allahyarham tampil dengan kenyataan di atas. Kerana itulah Allah melarang kita membuka aib orang lain, bercerita tentang perkara-perkara yang tidak pasti atau lebih hina lagi mengumpat. Banyak hadis-hadis Hassan Rasullullah S.A.W. dan ayat Al-Quran menyentuh hal ini. Antaranya:

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Oleh itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi respons secara negatif.

Allah berfirman yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Abu Hurairah r.a. ada melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu mencari dan menyelidiki kesalahan orang lain” {Riwayat Bukhari & Muslim}

Kepada pembaca entri marilah sama-sama kita hadiahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad.

AL_FATIHAH

6 ulasan:

Maiyah berkata...

salam.. itulah.. jgn rasa diri dah cukup bekalan nak cite aib org, manusia ni tidak akan sedar bahawa masing2 akan dihisab amalannya, dah sempurna ker amalan korang tu. semua manusia akan dapat bahagian masing2 sesuai apa yg dikerjakan selama ini, jgn ingt mengaibkan org lain tu tak dosa padahal dah tertepek dosa kat dahi. Itu semua urusan Allah kalau kembalinya pada Allah, doakan semoga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah

zai berkata...

Rasa pening dengan dunia akhir zaman ni, fitnah semakin menjadi-jadi..tak tau kenapa boleh timbul cerita sebegitu..

Tirana berkata...

Dulu di blog saya, saya ada cerita tentang "penapisan 3 peringkat". Jika kita mengamalkan teori ini, InsyaAllah kita boleh mengelak diri dari mengumpat dan mencari keaiban orang lain.

Guru berkata...

merasa diri lebih hebat dari orang lain...
itu yang punca sentiasa mencerita aib orang...

BUJANG SUSAH berkata...

Dunia di akhir zaman. Semuanya berkenaan dgn wang.. manusia berlumba2 mencipta nama untuk menghasilkan wang. Begitulah hakikatnya dunia di akhir zaman. Akhbar mengharapkan jualan yg lebih dgn menjual dan menjaja keaiban org kesana kemari. Bloggers mengharapkan sesuatu isu panas dapat menaikkan page rank seterusnya mempopularkan blog mereka. Nawaitu tidak lagi kerana Allah. Semoga kita dihindarkan dari niat yang sebegini.. insyaAllah.. wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

hmm..kita spttnye jngn buka aib orng.x elok..papepun kte kne ambil iktibar ats apa yg brlaku..jg diri dan peribadi kita baek2..jg akhlak dan kelakuan kita.insyarallah orng x akan mengata kita..kdng2 bila kita dh melakukan sesuatu yg amat bertentangan,itu la yg bwtkan keaiban kita terzahir..kdng2 bkn orng yg bkk aib diri kita,tp diri kita sndri yg lakukannya sehinggakan orng nmpk aib kte..kesimpulanya jg diri kita baek2,akhlak kita,kelakuan kita dan x yah la nk mengata orang dan cr kesalahan orng.itu lbh baek