Jumaat, 6 November 2009

Surat "POWER"

Saya dimasukkan ke IJN selama 13 hari dan selama tempoh tersebut Eisya di"cuti"kan kerana Wardah menjaga saya di IJN. Kami sekeluarga berkampung di Kuala Lumpur selama tempoh tersebut. Wardah memaklumkan pada pihak sekolah tentang hal ini dan meminta peperiksaan akhir untuk Eisya ditunda.

Wardah dan anak-anak saya pulang ke Seri Iskandar pada 1/11/2009 dan tiba di rumah kami pada pukul 1:30 pagi 2/11/2009. Petangnya Eisya menduduki kesemua kertas peperiksaan akhir dalam keadaan mengantuk. Untuk kertas Bahasa Melayu gurunya (mungkin secara tidak sengaja) telah menarik telinga Eisya kerana lewat mengambil peperiksaan (mungkin secara tidak langsung telah "menyusahkan" beliau). Eisya mengadu kepada Wardah tentang tindakan cikgu tersebut.

Saya rasa amat terkilan kerana Eisya tidak patut disalahkan dalam hal ini. Tindakan guru ini amat mengecewakan saya. Saya menulis surat kepada pihak sekolah berkenaan hal ini (dengan bahasa yang sedikit tegas).

Hari ini saya menerima panggilan dari pihak sekolah dan responnya mengecewakan. Guru penyelia petang begitu beria-ia menyokong guru Bahasa Melayu tersebut dan mengatakan guru tersebut tidak menyentuh anak saya. Tiada permohonan maaf dari pihak sekolah sebaliknya anak saya dikatakan mengada-adakan cerita. Pihak sekolah meminta saya berbincang secara bersemuka (agaknya guru tersebut tidak faham MC dari IJN yang saya sertakan bersama surat tersebut). Saya katakan kepada beliau bahawa saya tidak sihat.

Guru tersebut berkata" En Zool seorang pendidik, En Zool mesti faham". Saya menjawab " Kerana saya seorang pendidiklah saya merasa amat-amat terkilan".

Sebagai pendidik, guru sepatutnya lebih perihatin dan apa salahnya memohon maaf? Tinggi sungguh ego mereka. Saya masih terkilan.

Dan Eisya terus menjadi mangsa "perli" beberapa orang guru selepas surat "POWER" itu.

12 ulasan:

Maiyah berkata...

laa.. sian eisya, mmg tak patut cikgu tu.. patutnya kena siasat, sy rsa ckgu tu pusing cite lah tu ngan GB

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

tak guna punya cikgu.....kalau saya di tempat en.zool tau lah nasib cikgu tu.....macam bagus...GB pun sama la tu....

Ibu n Abah berkata...

Ada juga guru yang tidak prihatin masalah murid. Apa salahnya ambil sedikit masa selidik mengapa eisya terpaksa bercuti...kesian eisya didenda kerana guru tersebut tidak mengambil berat lansung untuk mengetahui cerita sebenar. Kemudian boleh menafikan perbuatannya.
Kerana sikapnya bodoh dan sombong, eisya teraniaya.

zai berkata...

Salam Zool...

Kak Zai faham betapa sukarnya Zool nak melalui keadaan macam ni..sbb kadang2 ada guru2 yang menyangka kita ibu bapa sengaja mencari pasal tanpa menyelidiki terlebih dahulu salah siapa sebenarnya..

Tirana berkata...

Biasala tu...pihak sekolah akan mempertahankan guru-gurunya sebab itulah kadang-kadang ada kejadian yang sepatutnya diketahui oleh ibubapa tetapi disembunyi rapat-rapat oleh mereka.

Kakcik Seroja berkata...

Bila dah terkena kat batang hidung depa nanti, baru depa rasa!

Pn Kartini berkata...

salam Mr Zool..
Kalaulah boleh diwakilkan bagi pihak phn maaf..aduhaiii..
Kesian eisya..Mmg tdk wajar guru tu..masakan dia tak selidik dulu apa permasalahan studentsnya...!

ZOOL@TOD berkata...

Itulah yang saya kesalkan. Eisya pernah didenda, dipukul (tidak mencacatkan) kerana tidak membawa buku dan pelbagai kesalahan lain. Saya tak kisah kerana memang sewajarnya dia dihukum. Tetapi kali ini saya rasa kecewa kerana nyata ianya bukan salah Eisya.

Alah benda kecik pun nak heboh-heboh. Ramai yang berpendapat sedemikian. Pada saya api baik dipadam semasa kecil jangan sampai kita binasa kelak. Saya juga seorang pendidik dan tindakan saya tidak membabi buta.

Sekadar kenyataan tambahan (pasal Alimaz dah api-apikan saya he.. he.. he..)

Guru berkata...

assalammualaikum

ya, realitinya perkara ini wujud, sebagai guru rasa malu dengan tindakan rakan sekerja walau pun saya tidak mengenali beliau...

sewajarnya guru tersebut meminta maaf dari anak tersebut dan dari ibu bapa, maaf yang kita pinta bukan merendahkan maruah kita tapi ada kalanya dengan tidak memohon maaf maruah kita lebih tercalar...

malang sekali

Hanisham Ab Halim berkata...

Tak patut beb.. Melampau betul. Mungkin perkara camni tak kena kat batang hidung diorang so selambalah cakap macam-macam. Sabar zool. Bumi ni bulat. Camne pun akan pusing kat situ jugak....

Kamsiah yusoff berkata...

anak kecil yg menjadi mangsa org dewasa...

ummu berkata...

Salam zool;
Semoga cikgu sekelurga tabah meniti kerikil ini. Kadang2 pun saya pun tak faham, kenapa sama2 profesion, boleh bercakap begitu dengan rakan seprofesion yang sedang dilanda musibah.teringat seorang sahabat saya yang memberi kata semnagat baru-baru ini,"bukannya kita yang minta sakit."