Jumaat, 27 November 2009

Aidiladha 2009

Saya, Wardah dan Angah semasa di Hospital Ipoh (gambar ehsan Aniz Azmi)

Salam Aidiladha buat semua.

Tahun ini kami menyambut Aidiladha di rumah kami di Seri Iskandar. Saya masih tidak kuat untuk memandu jarak jauh. Saya masih belum mampu melakukan kerja-kerja yang berat seperti mengangkat bebanan (Nak dukung Amniy pun masih tak mampu).

Kesannya Wardah terpaksa melakukan kesemua tugasan di rumah secara solo (biasanya saya turut membantu membereskan tugasan harian di rumah kerana Amniy masih kecil dan memerlukan perhatian yang lebih dari ibunya). Wardah kepenatan dan beberapa hari sudah (mungkin telah sampai kepenatan yang maksimum) dia demam dan sakit-sakit urat. Alhamdulillah, dua hari lepas selepas berurut kesihatannya bertambah baik.

Sebenarnya Wardah terlalu keletihan, bermula dari saya mula dimasukkan ke Hospital Ipoh pada 16/10/2009 hingga ke hari ini, Wardah masih lagi ligat menguruskan urusan seharian dan ditambah dengan menguruskan diri saya (terutamanya semasa di hospital).

Terlalu banyak pengorbanan yang Wardah lakukan untuk saya. Pengorbanan seorang isteri buat suaminya. Dan saya amat menghargai pengorbanan tersebut.

18 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

zool...
begitulah pengorbanan dari isteri untuk suami dan dari suami untuk isteri. Akak pun merasa suami akak juga telah membuat pengorbanan yang besar dalam melayan akak seorang pesakit...
Alhamdulillah..kita dikurniakan dengan pasangan yang bertanggungjawap...

Kakcik Seroja berkata...

Saat ada rasa terkilan di hati terhadap isteri..cepat2lah padamkan.. redhokan pada segala kekurangannya.. kerana segala pengorbanannya takkan terbalas hanya dengan kata-kata...

ZOOL@TOD berkata...

Betul tu Akak. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang baik (selalu saya berdoa ketika saya masih bujang agar ditemukan dengan pasangan yang baik. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.

Betul tu Kakcik, pengorbanan mereka tidak terbalas dengan kata-kata. Terima kasih di atas nasihat Kakcik. Saya akan ingat pesanan Kakcik.

MaMa MoDeN berkata...

salam zool,
tahniah kerana mnghargai kasih sayang & pengorbanan isteri. tiada balasan kemewahan yang seorang isteri harapkan selain sbuah pengertian seorang suami. cukuplah hati kami dijaga, jgn disakiti dgn kata2 atau perbuatan.

salam buat wardah.. sampaiakn ucapan syabas & tahniah dari mama yer..

MaMa MoDeN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Maiyah berkata...

saya tabik springg kat kak wardah.. moga sihat selalu n en zool pun kene byk rehat n mkn ubt :)

pecinta_Islam berkata...

salam..hmm..itulah istri..pahit manis sentiasa bersama..kdng2 sy prnh fikir jg,seorang lelaki x mampu menandingi kasih sayang seorang perempuan kpdnya tambah2 klu suami istri/ibu dan anak(mungkin betul mungkin x)..muga encik zool sihat sentiasa..hmm..klu x keberatan boleh sy tau encik zool sakit ape ye..maaf bertnye

Aidil Fadzil berkata...

Salam Zool: Semoga Allah mengizinkan kesihatan yang lebih baik. Sama-sama renungi pengorbanan di adil adha. Cukup setia seorang isteri menemani diri. Cukup terharu saya membacanya. Semoga kebahagian milik Zool sekelurga.

ZOOL@TOD berkata...

Terima kasih buat Maiyah dan Aidil.

Syahbandar, saya kena penyakit "spontaneous pneumothorax" & memburukkan lagi keadaan difragma saya lemah. Pembedahan dilakukan untuk membetulkan diafragma dan proses tampalan ruang di antara paru-paru & tulang rusuk.

http://zoolhelmi.blogspot.com/2009/06/6-jun-2006-spontaneous-pneumothorax.html

http://zoolhelmi.blogspot.com/2009/11/peristiwa-besar-dalam-hidup-saya.html

Pn Kartini berkata...

Salam:)
Salam AidilAdha..Moga Zool cepat sembuh..Buat apa yg termampu.,jgn memaksa diri..
Semoga terus menghargai pengorbanan isteri..:):)Syabas pada Wardah..isteri mithali:):)

hazeleyed lady berkata...

Ass-salam Zool
Syabas kerna menghargai pengorbanan isteri anda, Wardah. Sesungguhnya itulah yang amat di perlukan seorang yang bernama isteri...jauh menjangkaui segala kebendaan duniawi.Semoga Zool cepat sembuh dan kembali cergas.

Unknown berkata...

salam aidiladha ;)

Unknown berkata...

pengorbanan itu satu perjuangan ;)

Abd Razak berkata...

Salam...

Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Moga Allah kembalikan kesihatan sdra

ZOOL@TOD berkata...

Pn Kartini, Hazeleyed, cik epal & abd razak,

Terima kasih di atas nasihat dan doa tersebut.

Kamsiah yusoff berkata...

salam..
kasih syang isteri...penawar duka dikala kesakitan..kesetiaannya...usah dikhinati..usah dicalari...

Tanpa Nama berkata...

salam...

semoga cepat sembuh yer;))

ya..hargailah isteri anda kerana dia smmgnya sgt besar pngorbanannnya....
smg kita dpt jd bgitu juga one day nnti utk suami...huhu..insyaAllah...

maaf baru smpt mnjgnh ye bro...

slm aidiladha..;))

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

selalunya isteri sanggup berkorban apa saja untuk suami tercinta...adakah suami sanggup berkorban untuk isterinya......ada tapi tak ramai....betoi tak.....salam aidil adha....untuk en zool dan kak wardah...