Khamis, 23 Julai 2009

Alhamdulillah, tiada Virus H1N1 di UiTM Perak

Pagi ini kesemua kakitangan UiTM Perak diberi taklimat berkenaan penutupan UiTM Perak selama seminggu. UiTM Perak ditutup kerana penularan wabak URTI@ILI (Upper Respiratory Tract Infection@Ifluenza-Like Illnes). Hampir 200 orang pelajar dijangkiti virus ini.

Simptomnya hampir sama dengn virus H1N1 cuma suhu badan akibat demam tidak mencecah 38 darjah celsius dan impak dari sudut kesihatannya tidaklah akut seperti virus H1N1. Penularan wabak ini begitu cepat (dari 20 orang pelajar dijangkiti pada 20/7/2009 ke hapir 200 orang pada 22/7/2009). Kaedah isolasi/ kuarantin yang dijalankan tidak berkesan kerana sukar dilaksanakan (tiada fasiliti isolasi di UiTM Perak).

Untuk mengawal virus berkenaan dari merebak ke kawasan Seri Iskandar, UiTM Perak diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan. Sepanjang tempoh seminggu ini, UiTM akan melalui proses "cleaning" untuk membersih dan membasmi virus tersebut.

Seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ini, berita yang dikhabarkan sebelum ini ceritanya agak kabur dan pelbagai versi. Dan lebih mendukacitakan laporan berita di media massa kurang tepat. Tiada pelajar UiTM Perak yang dimasukkan ke ICU kerana virus H1N1. Pelajar tersebut dimasukkan ke ICU kerana kemalangan jalanraya.

Apapun saya amat bersyukur kerana tiada virus H1N1 di UiTM Perak.

Alhamdulillah

4 ulasan:

Tirana berkata...

Alhamdulillah..kena berjaga-jaga juga tu walaupun bukan H1N1

_missRamdhan_ berkata...

salam..
tp kan dekat berita harian online yg the new is 10 student uitm perak positif..??betul ke??
berita harian online..

ZOOL@TOD berkata...

Tak tahu le macammana saya nak komen, saya pun tak dibenarkan menjejakkan kaki ke UiTM sehingga Khamis minggu depan (atau mungkin dilanjutkan jika diarahkan oleh Kementerian Kesihatan).

Jadi mungkin berita itu benar kerana berita itu dimaklumkan oleh EXCO Kesihatan Perak.

Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kita semua dilindungi Allah dari wabak tersebut dan dapat meneruskan kuliah seperti biasa minggu depan (rindu nak mengajar/ bersyarah/ membebel). Wallahhua'lam

Maiyah berkata...

semoga ianya tak menular dengan teruk, alhamdulillah