Rabu, 22 Julai 2009

Virus Selsema Babi H1N1 di UiTM Perak

Ketika kuliah petang tadi (sekitar jam 3:00 petang), seorang kakitangan pentadbiran datang ke kelas saya dan membuat pengumuman tentang arahan Pengarah Kampus supaya pelajar-pelajar meninggalkan kampus selama seminggu dengan serta-merta. Pelajar-pelajar bersorak gembira kerana mendapat “cuti”.


Semua kuliah di UiTM Perak ditangguhkan selama seminggu kerana ada pelajar yang disahkan dijangkiti virus selsema babi H1N1. Berita penularan virus H1N1 ini telah dikhabarkan 2-3 hari yang lepas dan beberapa pelajar telah dikuarantin di asrama kerana mempunyai tanda-tanda dijangkiti virus tersebut.


Ceritanya agak kabur dan pelbagai versi. Apapun saya mohon kepada Allah semoga pelajar tersebut sembuh dan kami semua di UiTM Perak terhindar dari virus H1N1 tersebut. Amin.

6 ulasan:

Tirana berkata...

Semakin merebak penyakit ni rupanya...Mohon Allah jauhkan kita dari keburukan..

boolat berkata...

mintak jauh dari mala petaka ni

Maiyah berkata...

insyaallah.. mereka akan sembuh, semoga kita ambil iktibar.. jangan pandangnya ringan.

Aidil Fadzil berkata...

Salam...disebalik gembira tu(cuti), awasilah setiap sesuatu kejadian(musibah) itu ada rahmat yang tersembunyi.

Kamsiah yusoff berkata...

mungkinkah bab* bakal menghapuskan manusia....?
semuanya angkara manusia ...yg mengingkari laranganNya...bukankah jelas disebut bab* tu haram...

ZOOL@TOD berkata...

Kesian babi tu, tak pasal-pasal kena sebut kat sini.........
he.. he.. he