Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :
“Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut.”
(SURAH TAHA, 20:44)
Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)
“Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa,” *
*Rujuk Al-Jami’k Lia’ Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.
Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” *
*Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)
Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :
“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia”
(Al-Baqarah, 2:38)
Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:
“Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia” ialah : “Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran.”*
*Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.
Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:
“(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya”*
*Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).
Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.
Saudaraku yang ku kasihi,
Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.
Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.
Petikan dari artikel yang ditulis oleh PENA MINANG
2 ulasan:
semoga mereka tidak lari dari landasan yang sepatutnya.
Salam Zool,
Semoga kita sentiasa menjaga lidah dan menuturkan kata2 yang baik2 sahaja agar tidak menimbulkan persengketaan sesama kita..
Tetapi kadang2 perkara mcm ni mmg tidak dapat dielakkan apabila terjebak didalam satu perbahasan yang tidak rasmi..
Betullah kata pepatah..kerana Mulut Badan Binasa...
Catat Ulasan