Ramai rakan saya mengatakan bahawa saya ni seorang yang kuat bergurau. Ada saja usikan (kalau bulan tak mengambang) tak kira siapa (pernah saya ter"bergurau" dengan dekan semasa perjumpaan dengan pensyarah perakaunan Uitm Perak).
Semalam diadakan perjumpaan mentor-mentee (pensyarah menjadi mentor kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran (CGPA di bawah 2.30)) .Semasa saya memberi khidmat konsultansi dan motivasi kepada pelajar tersebut, tiba-tiba datang seorang pensyarah dan berkata"Jangan percaya sangat cakap En. Zool ni, dia ni bukan betul sangat". (Saya agak rapat dengan pensyarah ini dan sering me"ngusik" beliau).
Isk.. Isk.. Isk.. Apa lah pensyarah ni. Nak bergurau pun agak-agak le. Pensyarah ni seorang yang lemah-lembut, bertudung labuh dan baik orangnya, cuma gurauan itu amat tidak kena pada tempatnya. Bila saya meletakkan diri saya ditempat pelajar tersebut pasti saya rasakan pensyarah-pensyarah ini tidak mengambil serius program mentor-mentee tersebut dan memperlekehkan dirinya.
Saya menjawab gurauan tersebut secara bersahaja, "Kalau saya tipu (mengenai teknik belajar, yang saya ceritakan kepada pelajar tersebut) saya takkan jadi pensyarah sekarang.Tapi itu teknik belajar yang saya gunakan, mungkin tak sesuai dengan awak (pelajar tersebut), tetapi teknik ini amat berkesan pada saya." Pelajar itu kelihatan yakin dengan saya.
Saya doakan mentee saya lebih bersemangat dalam pelajarannya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester ini.

5 ulasan:
Salam sdraku,
Bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian.
Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11)
Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.
Sekali lagi, terima kasih di atas ingatan tuan. Insya-Allah saya akan jaga adab-adab tersebut
salam.. pastinya mereka pun punyai semangat macam pensyarahnya. Saya tak pernah belajar tinggi, jadi saya membayangkan keadaan dunia student melaluinya
Salam Zool..
Mmg benar kata pepatah..lebih banyak bercakap lebih banyak silap dan lebih banyak kekurangan diri akan ternampak...sbb itu dalam islam menggalakkan kita utk bercakap apabila perlu sahaja demi menjaga lidah..lihat sendiri anggota badan kita kenapa semuanya dijadikan berpasangan tetapi tidak mulut ? kerana ucapan yg keluar dari mulut mmg boleh membinasakan spt kata pepatah..kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...
Manusia pun dijadikan tidak sama, ada yg bersifat sensitif dan terbuka..dan ada yg boleh menerima teguran dan tidak dan ada yg boleh bergurau dan tidak..
Oleh yg demikian, kita harus membaca sifat2 seseorang sblm berkata2 takut2 akan menjadi permusuhan pula..mmg perkara mcm ni biasa terjadi dimana2 sahaja dan saya pasti semua orang pernah melaluinya..apapun kita hrs berlapang dada krn ikut hati mati, ikut rasa mmg boleh binasa...
kadang2 nak berguaru..kena tgk keadaan dan perwatakan seseorang...yg jenis serius,sensitif..jgn cuba2 melawak...bimbang disalah anggap...
Catat Ulasan