Khamis, 30 Julai 2009

Yasmin Ahmad, Kosmo dan larangan mendedahkan aib

Hari ini saya terbaca banyak blog mengutuk akhbar Kosmo kerana menceritakan perihal negatif Allahyarham Yasmin Ahmad ketika masih hidupnya. Saya "kurang senang" menulisnya di sini kerana ianya membabitkan aib/ mengumpat. Saya mendengar/ terbaca berita ini 2-3 tahun yang sudah. Berita ini kembali sensasi selepas Allahyarham meninggal dunia. Di sini saya lampirkan artikel beserta nas-nas larangan mendedahkan aib. Suatu ingatan buat diri sendiri dan pembaca entri ini.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nรปr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.

Dari 'Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua memaki-maki orang-orang yang sudah mati, sebab sesungguhnya mereka itu telah sampai kepada amalan-amalan mereka yang sudah dikerjakan dahulu -sewaktu di dunia, baik kebajikan atau kejahatan." (Hadis riwayat Bukhari)

Allah amat murka kepada mereka yang menyebarkan keaiban di dalam masyarakat. Sehingga disebabkan mereka maka masyarakat menganggap kejahatan itu merupakan suatu yang biasa dan masyarakat merasa tidak aman daripada buah mulut orang lain. Kerana itulah Allah SWT mengharamkan mengumpat sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat berikut:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagi
an kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al-hujuraat:12)

Keaiban kadangkala dianggap suatu yang baik untuk dikongsi di atas banyak sebab, antaranya untuk melepaskan tekanan perasaan, untuk menimbulkan rasa insaf, sebagai pelajaran bagi orang lain, untuk menjadikan diri dipandang mulia, memberi alasan dan sebagainya. Atas apa alasan pun, membocorkan keaiban merupakan suatu yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Rasulullah SAW bersabda:


"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Bahkan, keaiban yang dilarang untuk diceritakan itu bukan cuma keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri juga harus dan perlu ditutup oleh setiap orang. Rasulullah SAW bersabda:


"Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan seperti memakan daging saudara kita yang telah mati. Jelas perbuatan ini merupakan punca perpecahan dan perbalahan sesama muslim. Bahkan, seperti juga membuka aib sendiri, membuka keaiban orang lain juga memotivasi orang yang mendengar untuk berkongsi keaiban orang lain yang dia ketahui juga. Maka tersebar luaslah keburukan dan keaiban di dalam masyarakat sehingga terbuka luaslah pintu-pintu kehancuran, fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat.


Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."( HR Ahmad).

Maka, selagi mana perbuatannya itu tidak dilakukan secara terang terangan maka perlakuan itu haruslah dirahsiakan dan dia tidak dihukum disebabkan dosanya itu.

Dari Umar bin Khattab ra, katanya "Manusia pada zaman Rasulullah SAW berhukum dgn dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi, sekarang kamu kami hukum dengan menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerja mu. Barang siapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan, hanya tuhan yang menghitung yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, wala
upun dia mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik. (HR Bukhari)

Bahkan barangsiapa yang melakukan kesalahan yang sepatutnya dijatuhi hukuman hudud sekalipun ke atasnya, lalu Allah menutupi keaibannya itu, maka dia seharusnya menyembunyikan keaibannya itu lalu bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang melakukan kesalahan hudud lalu disegerakan hukumannya di atas dunia, maka adalah Allah terlalu adil untuk mengenakan padanya hukuman kali kedua di akhirat. Barang siapa yang melakukan kesalahan hudud lalu kesalahannya ditutu
p oleh Allah SWT, sehingga dia terlepas darinya, maka Allah adalah teramat pemurah untuk menghukum orang yang telah dilepaskan dari hukuman oleh-Nya." (HR Ahmad, dia berkata hasan gharib. Al-Hakim, dia berkata sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim)

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhowi menulis di dalam bukunya Taubat ba
hawa seseorang yang melakukan dosa-dosa seperti zina, minum arak, dan sebagainya yang tidak melibatkan kezaliman terhadap orang lain, maka dia harus menyembunyikan kesalahannya itu. Tidak perlu diakui di hadapan pemerintah dan mintak untuk dihukum kerana Allah telah menutupi kesalahannya. Akan tetapi seandainya dia tetap ingin mengakui kesalahannya di hadapan pemerintah maka itu juga tidak mengapa.



9 ulasan:

Webmaster@Echam berkata...

Zool,
Aku ada baca pagi ni kat KOSMO. Diorang minta maaf. Ntah apa2 je nak cite kesah orang yang dah takde. Banyak lagi kesah lain nak cite. Diorang ni pentingkan kantung je ni...

maiyah berkata...

salam.. yelah, bila saya dengar orang cite ttgnya saya wat dono jer.. kita pun belum tentu lagi hisabnya. Ingat takde dosa dan dah bleh masuk syurga.. haa.. sindri mau ingat.

Aidil Fadzil berkata...

Salam...Semoga cerita ini memberi kita iktibar dan pengajaran yang sangat berharga. Semoga diri kita sentiasa dipayungi dan dilindungi oleh Allah.

Razak berkata...

Salam...sebaiknya bila orang dah meninggal dunia, ceritalah kebaikannya & moga ianya menjadi doa buatnya.

Tirana berkata...

orang2 kita ni memang macam tu..bila dah mati, macam2 cerita yang terkeluar..ada yang tukang selongkar lepas tu sebar sampai satu malaysia tahu.. Saya tak kuasa layan cerita2 macam tu...tapi kadang2 kawan talipon bagitau..susahnya nak elak

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya fikir saudara terpesong. Saya lihat isu ini lebih kepada:
1) kes rujukan kerana rakyat Malaysia sudah mula menerima gay, lesbian, perkahwinan sejenis dan tukar jantina.
2) Kenapa perlu malu? kenapa perlu kita malu tukar jantina? Kalau saudara lihat iklan Yasmin bertajuk Funeral saudara akan faham isi hatinya. Itu pilihannya dan dia bangga. Kalau saya gigi jongang saya bangga kerana saya cukup sempurna dengan tidak cantik kerana yang Maha Cantik itu Allah sahaja. Sempurnanya manusia itu bila dia tidak sempurna, kata Yasmin.
3)Keluarga, rakan dan peminat yasmin perlu berterima kasih kerana ada yang mempunyai balls (biji) untuk menyatakan kebenaran. Katakanlah benar walau pahit, kata Syaidina Ali. Rasulullah pun ditegur dalam Quran, ya dalam Quran. Ada juga sahabat yang lain ditegur termasuk yang bin bintikan anak. Kenapa malu? hanya yang hidup malu, yang mati malu macamana?
4) Keluarga Yasmin perlu berterima kasih kerana kosmo tidak desak mufti dan pejabat agama ambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan kemungkaran. 1,400 tahun dahlu ada ulama kata khunsa tapi zaman genetik dan bioteknologi ini kita faham bahawa gen XX adalah untuk perempuan manakala XY adalah untuk lelaki. Tidak ada tengah-tengah. Ulama dulu percaya tak jelas tetapi istilah perubatan kata itu cacat sebagai gen itu akhirnya akan jelmakan diri individu sebagai lelaki atau perempuan, bila baligh.
5) Jangalah kita rasa marah kerana orang dedah aib kita tetapi kita patut positif kerana ada yang masing nak ingatkan kelemahan kita. Dan bersyukurlah sebab kita masih hidup untuk memohon ampun Allah.


Latipah Nomokario

ZOOL@TOD berkata...

Isunya, kenapa tidak didedahkan semasa hayatnya, bukankah lebih baik? Apa yang telah lepas tutup kes. Jangan menambah dosa berkata-kata tentang aib orang lain.

Kalau nak bertindak terhadap golongan sejenis ni, buat pada mereka yang masih hidup di muka bumi Allah ini, bukannya mengaibkan mereka yang telah tiada.

Saya amat bersetuju dengan saudara Razak, ceritalah kebaikannya moga ianya menjadi doa buatnya.

Artikel yang saya rujuk di atas bersumberkan Al-Quran dan Hadis sahih. Andai ter"salah" rujukan/ telahan/ kupasan harap ditegur.

Wallahhua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Salam Zul,

I have to aggree that we have to disagree. Think out of the box zul and move foward. You as a lecturer you should have shown tacit and criticaly positive in life as well as thinking. And I am vehimently suprise that you are not even there.

Transgender, that is the reality. The isssue is timely as you would be charged with malice if he is still alive. Dont swipe the problem under the carpet. Face it, deal with it.

So what should we do now with our ulamas who are yet to respond on this issue. Who should we follow now? Liberal Islam? Sapa nak tanggung dosa fardu kifayah ni? There are so many Yasmin alike out there. Would you like to carry the whole package? Some of our ulama are just immensed with politics and politickings.

We just doa for our children to have much better environment. We can not stop doomsday but we may try to delay the process by not having many more kerosakan like the previous ummah had done.

Latipah Nomokario

ZOOL@TOD berkata...

Saya lihat kes Allahyarham Yasmin ini dari sudut seorang Islam. Beliau telah meninggal dunia, jadi jangan aibkan beliau lagi. Kesalahan yang beliau lakukan semasa haya beliau jadikan pengajaran (bukan hebahan, makian atau umpatan tentang kisah silamnya yang aib).

Benar, itulah peranan kita (sebagai ahli keluarga dan masyarakat) sebenarnya (menasihati golonagan sejenis ini), bukannya hanya tahu bercakap dan membuat tuduhan melulu tetapi tiada tindakan susulan.

Di UiTM kami menangani masalah ini secara berhikmah. Kami mengadakan kursus motivasi, "direct approach" oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar dan teguran terus dari pensyarah.

Namun, impaknya amat minima. Respon yang diberikan oleh golongan ini negatif. Sepatutnya tindakan yang telah kami buat disokong oleh masyarakat (terutamanya ahli keluarga). Kami tidak pernah berhenti dalam menanagani isu ini dan cuba pelbagai kaedah untuk mendekati golongan ini.

Sad but true.