Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat."( Surah Ali Imran ayat 185 )
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun." (Surah al-A'raf ayat 34) (Surah an-Nahl ayat 61)
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)
Semalam genap setahun pemergian Allahyarham Ahmad Zaini Alias (abang sulung saya) dan semalam juga saya menerima berita pemergian Allahyarham Abd. Ghaffar (ayah kepada rakan saya Mohd. Shatari yang sedang cuti belajar (PhD)). Saya bertemu kali terakhir dengan Allahyarham pada bulan Mei lepas sewaktu melawat rumah Shatari (Shatari berpindah rumah dari Seri Manjung ke Seri Iskandar). Ayahnya berpewatakan agak serius tapi nampak begitu sihat.
Mengikut cerita Shatari, pada hari tersebut ayahnya menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya di kampung (Lekir), kemudiannya dia pergi ke kedai gunting rambut. Setelah solat Asar dia berbaring di dalam biliknya. Shatari dan ahli keluarga lain melawat adik perempuannya di Kuala Kangsar (ayahnya ditemani oleh adik lelaki Shatari).
Menjelang Maghrib, ibu Shatari yang baru pulang dari Kuala Kangsar merasa hairan kerana bilik suaminya masih gelap. Bila diperiksa ternyata suaminya masih berbaring dan telah pergi buat selamanya. Allahyarham meninggal ketika tidur.

Saya dan Shatari agak akrab. Saya mengenali Shatari sejak tahun 1995 (kami sama-sama belajar di ITM Shah Alam pada ketika itu). Shatari menghadiahkan kereta kancilnya kepada ayahnya untuk kemudahannya berulang-alik ke masjid, malah Shatari telah berjaya mengumpulkan wang untuk ayah dan ibunya menunaikan fardhu Haji. (Shatari agak terkilan kerana ayahnya tidak sempat menunaikan fardhu Haji kerana masih dalam senarai menunggu Lembaga Tabung Haji).
Kepada Shatari dan ahli keluarganya saya ucapkan takziah dan bersabarlah menghadapi dugaan Allah ini.

Dari Abu hurairah: sesungguhnya Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Apabila mati seseorang itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3: sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa kepadanya.(riwayat Imam Muslim).
Kepada Shatari dan anak-anak Allahyarham abang saya (Aimi dan Dilah), perbanyakkanlah doa dan amal ibadah buat Allahyarham ayah kalian kerana itulah amalan yang akan memberi pahala kepada mereka di alam barzakh.
Kepada pembaca entri ini saya mohon kalian kalian dapat sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Zaini (abang saya) dan Allahyarham Abd. Ghaffar (ayah Shatari).
AL-FATIHAH
2 ulasan:
Al Fatihah.. semoga anak2nya tabah dan mendoakan buat arwah.
Innalillahi wainna ilahi raaji'uun..
semoga rohnya dicucuri rahmat..
Catat Ulasan