Gara-gara penularan wabak H1N1/ URTI/ ILI di UiTM (Perak, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Pahang), Naib Canselor Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah mengumumkan pindaan tempoh cuti pertengahan semester di kesemua sistem UiTM bermula dari 27 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009.
Implikasinya, saya tidak perlu menggantikan kelas. Alhamdulillah, tak perlu pelajar-pelajar saya kelam-kabut menghadiri kuliah malam atau kuliah hujung minggu.
Kepada pelajar-pelajar yang dijangkiti wabak H1N1/ URTI/ ILI, jaga kesihatan anda dan patuhi arahan isolasi/ kuarantin supaya anda semua cepat sembuh dan dapt meneruskan pengajian seperti biasa.

2 ulasan:
semoga mereka cepat sembuh.. nampak macam serius pulak wabak ni semakin merebak. Ya Allah lindungi hamba2mu ini.
Maiyah, bukan nampak macam serius tapi memang serius. Semalam saya ke klinik di Seri Iskandar sebab Sarah demam+batuk+selsema. Semua kakitangan klinik tersebut memakai penutup mulut dan doktor menyarankan kami sekeluarga agar tidak keluar ke tempat awam.
Virus ini amat mudah merebak melalui udara (dalam jarak 3 kaki) dan "direct contact" dengan pembawa virus tersebut.
Semamalam sebelum khutbah Jumaat, pegawai kesihatan daerah memberi taklimat berkenaan kaedah pencegahan H1N1 dan prosedur membasmi kuman terutama semasa selsema dan batuk.
Pada pendapat saya, semua orang patut melakukan langkah-langkah pencegahan tersebut.
Catat Ulasan