Sabtu, 11 Julai 2009

Allahyarham Mohd Ridzuan Ghazali (ex-SEMESTIAN)

Bersama Syahrunizam aka Ringgo ketika majlis pertunangan beliau


Di hari perkahwinan beliau

Gambar-gambar koleksi Abu Bakar aka burn di "yahoo groups"

Hari ini saya mendapat mesej dari Mazhar (melalui FB) memaklumkan bahawa Mohd Ridzuan Ghazali aka Payu telah kembali ke Rahmatullah pada 16 Mei 2009. Ceritanya tidak berapa jelas, dikhabarkan bahawa Allahyarham mengalami batuk-batuk dan masalah kesihatan lain dsebelum dimasukkan ke wad hospital. Bila keadaannya makin kritikal beliau dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Saya tidaklah begitu rapat dengan beliau tetapi kami berkongsi banyak kenangan bersama-sama ketika di SEMESTI. Beliau senang didekati, ramah, baik hati dan "cool". Dengan saiz badan yang agak besar beliau mudah menjadi perhatian orang. Kami pernah sama-sama dirotan di bilik pengetua kerana ponteng sekolah. Saya masih ingat beliau duduk dilantai sambil berpusing-pusing kerana libasan rotan di punggungnya. Ianya menjadi bahan "kutukan" kami. Terlalu banyak kenangan untuk dicatatkan di sini.

Selepas tamat tingkatan lima di SEMESTI kami hanya berhubung secara maya melalui "yahoo groups". Saya agak terkilan kerana tidak dapat hadir semasa majlis perkahwinan beliau pada tahun 2008 (bertembung dengan majlis perkahwinan anak saudara Wardah). Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Al-Fatihah

6 ulasan:

Tirana berkata...

Innalillahi wainna ilahi raaji'uun...

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Maiyah berkata...

innalillahi wainna ilahi rajiun.. semoga rohnya dicucuri rahmat

wardah berkata...

Terasa sebak mengingatkan beliau telah kembali ke rahmatullah...beliau merupakan rakan sekelas ketika Ting 1-3 di SM Sains T Intan.

Mudah2an beliau di tempatkan di sisi org2 yg beriman.

Abd Razak berkata...

Innalillahi wa inna ilahi raajiuun...

Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang soleh

BUJANG SUSAH berkata...

Al-Fatehah.. bagi yg telah pergi.. semoga ia membawa kesadaran kepada kita yang bakal menyusul jua... wallahualam.

zai berkata...

Innalillahi wainna ilahi raji'un..

Sesungguhnya kehidupan didunia adalah satu kehidupan yg terlalu singkat, hanya akhirat yg abadi..Gerun pula memikirkan tentang entah bila malaikat maut akan datang menjemput...semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yg beriman