Khamis, 31 Disember 2009

Tugas dan Tanggungjawab Baru 2010


Alhamdulillah, setelah pelbagai kisah dan peristiwa akhirnya di penghujung 2009 semuanya baik.

Dua minggu lepas saya dihubungi oleh Timbalan Pengarah HEA UiTM Perak, Prof Madya Hajjah Kamsiah Sirat, meminta saya untuk menjadi Koordinator Ijazah Sarjana Muda Perakaunan menggantikan Tn. Hj Hatta Sapwan yang menyambung pengajian beliau ke peringkat Ijazah.

Saya menerima tanggungjawab ini kerana saya melihatnya sebagai suatu kepercayaan dari pihak pengurusan untuk menerajui suatu program.

Azam tahun 2010, sama seperti azam tahun-tahun terdahulu, untuk mempertingkatkan lagi komitmen, usaha dan memperbaiki kaedah pengajaran saya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua di tahun 2010. Amin.

Ahad, 27 Disember 2009

Eisya dan Pak De Akhi


Abang ipar saya (Mohd Akhiyar) dimasukkan ke Hospital Ipoh Specialist minggu lepas kerana 3 arteri dijantungnya telah 90% tersumbat. Pembedahan pintasan jantung perlu dilakukan dengan segera. Beliau kelihatan amat risau dan banyak bertanya saya berkenaan prosedur pembedahan (berdasarkan pengalaman saya dibedah Oktober lepas). Saya cuba menenangkan beliau dengan menceritakan perkara-perkara positif. Isterinya juga amat risau dan kerap mengalirkan airmata.

Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan beliau akan discaj dari hospital Isnin depan. Semalam Wardah dan saya meluangkan masa melawat beliau di hospital. Beliau kelihatan ceria.

Keadaan Eisya semakin baik cuma badannya makin berisi (kesan steroid) dan kedua-dua mereka (Eisya dan Sarah) begitu teruja untuk kembali bersekolah. Esok ke hospital Ipoh sekali lagi untuk rawatan susulan Eisya.

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Al-Insyirah 1-8)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah [teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal yang soleh] maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. (Al-Ahqaaf:13)

Isnin, 21 Disember 2009

Sydenham's chorea

Eisya disahkan menghidapi penyakit sydenham's chorea cuma ianya tidaklah terlalu serius. Semalam kami membuat rawatan susulan di klinik pakar mata dan pakar jantung. Alhamdulillah kedua-duanya baik.

Ubat yang perlu Eisya makan untuk 1-2 bulan ini penicillin (16 biji sehari) dan sejenis steroid (10 biji sehari). Untuk bulan-bulan seterusnya Eisya perlu mengambil suntikan penicillin setiap 4 minggu selama 10 tahun (hingga umru Eisya 18 tahun).

Isnin, 14 Disember 2009

Bertenang seketika......

Seminggu kebelakangan ini kami sekeluarga agak "sibuk". Saya kurang melayari internet.

Semalam kami sekeluarga tidur di rumah abang Hamdan (abang ipar) di Ipoh.

Ada kisah lain di sebalik kesakitan tangan kirinya. Kami sedang cuba kaedah rawatan alternatif.

Terlalu banyak untuk diceritakan dan buat masa ini saya masih kurang selesa untuk bercerita. Mungkin di entri akan datang apabila Eisya kembali pulih seperti biasa.

Doakan kesejahteraan keluarga kami.

Ahad, 6 Disember 2009

Esok mula bekerja semula


Kesihatan saya belum pulih 100%. Diafragma sebelah kanan saya masih kebas (doktor kata ambil masa 6 bulan - 3 tahun untuk pulih sepenuhnya). Luka pembedahan dibelakang semakin pulih, kebasnya hampir hilang.

Saya masih belum boleh berjalan lama-lama atau berlari. Terasa "lenguh" dan sedikit sakit di bahagian bawah paru-paru sebelah kanan. Boleh ke nak bekerja? Saya seorang pendidik, kerja saya tidak memerlukan pergerakan yang terlalu banyak (tenaga pun tak banyak keluar).

Tambahan pula sekarang ni cuti semester, biasanya kami hanya mengemas kini nota-nota, membuat persiapan untk semester akan datang, berkursus, membuat soalan-soalan peperiksaan atau membaca artikel.

Kalau ikut gambar di atas, rasanya tiada masalah untuk "always give 100% at work".

Khamis, 3 Disember 2009

Eisya dan MRI


Masa H1N1 melanda, Eisya turut demam dan batuk-batuk (kami sekeluarga turut mengalami demam dan selsema). Beberapakali Eisya terpaksa mengambil "nebulizer" kerana kesukaran bernafas. Tidak lama selepas itu tangan kirinya menggeletar luar kawalan.

Semasa bulan Ramadhan saya ke klinik dan doktor tersebut menyarankan saya membuat rawatan lanjut di hospital. Kami terpaksa menangguhkan rawatan ke atas Eisya kerana selepas Aidilfitri saya dimasukkan ke hospital (pneumothorax).

Saya ke Hospital Ipoh (Pediatrik) minggu lepas (25/11/2009) dan doktor menjalankan beberapa ujian ke atas Eisya dan mengambil contoh darah. Doktor memaklumkan mungkin Eisya mengalami jangkitan kuman di otak atau mungkin penyakit chorea atau mungkin tumor. Untuk memastikan punca penyakit Eisya Magnetic Resonance Imaging (MRI) mesti dilakukan. Semalam Eisya menjalani imbasan otak (MRI).

Keputusan penuh akan diketahui pada temujanji seterusnya (17 Disember 2009).

Kami benar-benar cemas dan risau. Kami berdoa semoga penyakit Eisya segera sembuh dan turut berdoa yang telahan doktor itu salah.

Selasa, 1 Disember 2009

Aidiladha 2009 (bahagian ke 2)











Siti telefon, "Abang Cik, kitaorang nak datang rumah petang nanti".

Saya menjawab, "Datang le, tapi kami tak de apa-apa yang special. Kak Wardah demam". Memang benar, kami mengadakan eprsiapan ala kadar. Juadah yang sempat Wardah sediakan, soto.

Tidak lama kemudian makcik saya telefon, "tak payah buat apa-apa, Chu bawak makanan, Nanti kami nak "berkelah" di sana".

Petang Aidiladha Abang Teh, Kak Uda, Siti, Yeop (sepupu) dan Nani (anak Yeop) tiba di rumah kami dengan juadah-juadah Aidiladha yang mereka telah sediakan. (4 kereta dan 1 MPV).

Antara hidangannya: Nasi Minyak, Udang Harimau (masak Butter Prawn), Hati lembu, Ayam masak lemak cili api, rendang tok, rendang daging, nasi himpit + kuah kacang, masak lemak nangka, Mee goreng dan rambutan.

Asalnya kami menyambut Aidiladha dengan menu yang ringkas. Dengan kehadiran ahli-ahli keluarga saya yang lain bersama-sama menu istimewa mereka, hari itu menjadi amat istimewa.

Jumaat, 27 November 2009

Aidiladha 2009

Saya, Wardah dan Angah semasa di Hospital Ipoh (gambar ehsan Aniz Azmi)

Salam Aidiladha buat semua.

Tahun ini kami menyambut Aidiladha di rumah kami di Seri Iskandar. Saya masih tidak kuat untuk memandu jarak jauh. Saya masih belum mampu melakukan kerja-kerja yang berat seperti mengangkat bebanan (Nak dukung Amniy pun masih tak mampu).

Kesannya Wardah terpaksa melakukan kesemua tugasan di rumah secara solo (biasanya saya turut membantu membereskan tugasan harian di rumah kerana Amniy masih kecil dan memerlukan perhatian yang lebih dari ibunya). Wardah kepenatan dan beberapa hari sudah (mungkin telah sampai kepenatan yang maksimum) dia demam dan sakit-sakit urat. Alhamdulillah, dua hari lepas selepas berurut kesihatannya bertambah baik.

Sebenarnya Wardah terlalu keletihan, bermula dari saya mula dimasukkan ke Hospital Ipoh pada 16/10/2009 hingga ke hari ini, Wardah masih lagi ligat menguruskan urusan seharian dan ditambah dengan menguruskan diri saya (terutamanya semasa di hospital).

Terlalu banyak pengorbanan yang Wardah lakukan untuk saya. Pengorbanan seorang isteri buat suaminya. Dan saya amat menghargai pengorbanan tersebut.

Ahad, 22 November 2009

I Love Living Life. I Am Happy. - Nick Vujicic

Kalau kita rasakan kita paling malang di dunia ini atau kita rasa sering gagal dalam hidup walaupun puas berusaha atau kecewa dengan hidup yang kita sedang lalui.

Lihat video klip ini. Ianya akan mengubah perspektif kita.

http://www.youtube.com/watch?v=H8ZuKF3dxCY



Fallen down?

Can't seem to find the strength to get back up?

We are put in situations to build our character. Not to destroy us.

"I am living life and I am happy"

"If I fail I try again, and again, and again, and again....."

"If you fail, are you going to try again?"

The human spirit can handle much more than we realize.

It matters how you are going to finish. Are you going to finish strong?

The challenges in our lives are there to strengthen our convictions. They are not there to run us over.

"I've never met a BITTER person who was THANKFUL, or a THANKFUL person who was BITTER. Thankful on what you have not bitter for what you don't have."

In life you have a choice: BITTER or BETTER.

Choose BETTER, forget BITTER.

-Nick Vujicic-

Rabu, 18 November 2009

Pak Usop Bangsal

Saya ke Hospital Batu Gajah untuk melakukan pemeriksaan X-Ray seperti yang diarahkan oleh Dr. Zakaria (Dr. Klinik Panel UiTM). Saya di hantar ke Hospital Batu Gajah oleh Shatari (rakan sekerja saya yang sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah (PhD) di Uitm Malaysia). Saya tiba di Hospital Batu Gajah sekitar pukul 5:30 petang.

Saya menjalani pemeriksaan X-Ray sekitar pukul 8:00 malam. (Kenapa lambat sangat? Entahlah, mungkin "standard" mereka begitu. Sabar je lah). Sementara menunggu giliran untuk pemeriksaan X-Ray saya makan di warung berhampiran.

Saya bertemu dengan Pak Cik Usop Bangsal yang berasal dari Sg. Tiang, Bagan Datoh. Beliau mengenali keluarga ibu mertua saya. Beliau berumur lewat 60an dan seorang yang ramah. Perkara biasa di kampung-kampung, bila ada lebih dari seorang yang mempunyai nama sama, maka akan ada nama gelaran supaya lebih mudah dikenali. Begitu juga Pak Usop.

Beliau ke Hospital Batu Gajah kerana melawat anaknya yang pengsan sewaktu bekerja. Kami berbual agak panjang dan beliau tahu mengenai majlis perkahwinan Amy & Sham di Langkap dan memaklumkan kepada saya yang beliau tidak dapat menghadiri majlis tersebut. (Pak Usop menaiki bas dari Bagan Datoh seorang diri untuk ke Hospital Batu Gajah)

Selesai makan beliau bangun dan ingin membayar makanan kami. Saya dengan cepat membayar terlebih dahulu. Secara berseloroh saya berkata, biar orang muda yang belanja. Beliau tersenyum dan mengirim salam kepada ibu mertua dan keluarga ibu mertua saya terutamanya abang Azam. Selepas discaj dari IJN saya memaklumkan kepada ibu mertua saya tentang Pak Cik Usop Bangsal.

Dan semalam ibu mertua saya memaklumkan melalui telefon yang Pak Cik Usop Bangsal telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

AL-FATIHAH

Selasa, 17 November 2009

Bunkface - Through My Window



Bunkface - Through My Window

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me, me are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Me and you, And we are not alone
Different view, We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now

Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Sabtu, 14 November 2009

Tangan gatal.....

Hari ni terasa bosan tahap "gaban". Tangan dah gatal nak pegang steering dan saya mengajak Wardah ke pasaraya TF di Batu Gajah untuk membeli barangan dapur. Saya rasa agak kekok dan sukar terutamanya ketika membuat pusingan U.

Hari ini juga saya berjalan agak jauh (berlegar-legar di dalam pasaraya itu sambil mencari barang-barang keperluan kami sekeluarga). Kami jarang membeli belah di pasaraya ini tapi disebabkan saya masih belum yakin untuk memandu hingga ke Ipoh (45km dari rumah kami) maka kami membuat keputusan untuk membeli belah di Batu Gajah (20 km dari rumah kami).

Sampai sahaja di rumah saya rasa sedikit tidak selesa di bahagian luka pembedahan di depan dan di belakang saya. Terasa lenguh dan berdenyut. Ternyata saya masih belum boleh memandu lagi. Wardah nampak gayanya akan menjadi pemandu/ supir saya sekurang-kurangnya 1 atau 2 minggu lagi.

Ya mbak supir siapkan keretanya, saya mahu ke kantor......

Khamis, 12 November 2009

Alhamdulillah

Semalam sebelum subuh (pukul 5 pagi) abang-abang ipar saya (abang Hamdan dan abang Akhi) datang ke rumah untuk membawa saya ke IJN (temujanji pukul 10:30 tetapi saya perlu membuat x-ray terlebih dahulu). Sampai di IJN saya ditemani oleh abang Hamdan. Abang Akhi, Mbok, Wardah dan anak-anak saya terus ke rumah Udi (anak Allahyarham abang ipar saya, Hj Safuan Zaki) di Keramat. Udi baru melahirkan anak keduanya pada hari Sabtu lepas. Cicit ketiga Mbok (ibu mertua saya).

Nourul Irdina

"Cantik! Paru-paru dah kembang penuh cuma diapraghm belum berfungsi dengan sempurna lagi" kata doktor pakar selepas meniliti x-ray saya. Menurut beliau diapraghm saya mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk berfungsi dengan baik. Temujanji seterusnya dengan beliau pada 14/4/2010 (lebih kurang 6 bulan lagi) untuk melihat perkembangan paru-paru dan diapraghm saya. Alhamdulillah.....

Saya diberi MC tambahan selama 14 hari. Kepasa semua terima kasih diatas doa, perangsang dan nasihat yang dititipkan buat saya. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-puan sekalian.

Selasa, 10 November 2009

Pemeriksaan susulan di IJN


Esok 11/11/2009 saya ada temujanji dengan doktor pakar di IJN. Saya perlu di X-Ray untuk memastikan tiada masalah di paru-paru saya. Selepas discaj dari IJN minggu lepas saya kerap melakukan senaman pernafasan (dengan alat yang dibekalkan oleh IJN) untuk mengembangkan paru-paru. Alat tersebut dipanggil spirometer. Setakat hari ini saya telah mampu bernafas hingga 2,500 (hampir maksimum).

Saya berdebar-debar menanti hari esok. Kepada pembaca entri ini saya mohon doakan kesihatan saya pulih seperti sediakala.

Ahad, 8 November 2009

Cerita di Hospital Ipoh

Selama 5 hari di Hopital Besar Ipoh (wad kelas 3, kes tak de GL), pelbagai ragam manusia dapat saya perhatikan.

Ketabahan seorang isteri yang setia menunggu suaminya yang terlantar menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Memburukkan keadaan, beliau kerap dirasuk makhluk halus ketika di Hospital Ipoh.

Kecekalan anak saudara yang menemani bapa saudaranya yang dipinggirkan oleh anak dan isteri sendiri. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang. Tapak kakinya luka hingga menampakkan tulang kerana kencing manis. Dan agak mendukacitakan sikapnya yang agak kasar dan angkuh dengan jururawat-jururawat dan orang disekelilingnya.

Di sebelah kanan katil saya seorang Cina lewat 60-an yang menghidap penyakit kulit yang serius. Beliau hanya mampu terlantar dan semua urusan hariannya (makan, minum dan buang air) dibuat oleh jururawat. Pelawatnya hanya 2 orang pasangan cina lewat 60-an yang kerap menengking dan memarahinya.

Dan paling saya simpati dengan pesakit di katil sebelah bernama Angah a/l Pandak, pribumi lewat 50-an. Paru-paru sebelah kirinya dipenuhi nanah dan "chest tube" dimasukkan ke paru-paru sebelah kirinya. Beliau sakit ketika bekerja membuat jalan dari Kelantan ke Thailand. Beliau dihantar ke Hospital Alor Setar dan kemudiannya ke Hospital Ipoh. Beliau tidak tahu di mana anak dan isterinya.

Pada hari ke-4 barulah saya nampak kelibat kaum kerabatnya yang diterbangkan (oleh pihak JOA) dari Kelantan. Maka terjadilah drama sedih lagi pilu (walaupun saya tidak faham apa yang mereka pertuturkan tetapi peristiwa itu cukup meruntun hati hingga bergenang airmata saya).

Sewaktu ditemuramah oleh pelajar-pelajar saya (yang melawat saya), Angah mengatakan beliau akan "merindui" saya kerana hilang teman berbual (esoknya saya akan ke IJN). Sebelum ke IJN saya tinggalkan sedikit wang belanja untuk Angah dan sedikit makanan (yang diberi oleh pelawat-pelawat kepada saya semasa di Hospital Ipoh).

Saya bersyukur kepada Allah kerana saya mendapat sokongan dari isteri, ahli keluarga dan rakan-rakan. Semoga keakraban ini berkekalan dan semoga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan buat kita semua. Amin.

Jumaat, 6 November 2009

Surat "POWER"

Saya dimasukkan ke IJN selama 13 hari dan selama tempoh tersebut Eisya di"cuti"kan kerana Wardah menjaga saya di IJN. Kami sekeluarga berkampung di Kuala Lumpur selama tempoh tersebut. Wardah memaklumkan pada pihak sekolah tentang hal ini dan meminta peperiksaan akhir untuk Eisya ditunda.

Wardah dan anak-anak saya pulang ke Seri Iskandar pada 1/11/2009 dan tiba di rumah kami pada pukul 1:30 pagi 2/11/2009. Petangnya Eisya menduduki kesemua kertas peperiksaan akhir dalam keadaan mengantuk. Untuk kertas Bahasa Melayu gurunya (mungkin secara tidak sengaja) telah menarik telinga Eisya kerana lewat mengambil peperiksaan (mungkin secara tidak langsung telah "menyusahkan" beliau). Eisya mengadu kepada Wardah tentang tindakan cikgu tersebut.

Saya rasa amat terkilan kerana Eisya tidak patut disalahkan dalam hal ini. Tindakan guru ini amat mengecewakan saya. Saya menulis surat kepada pihak sekolah berkenaan hal ini (dengan bahasa yang sedikit tegas).

Hari ini saya menerima panggilan dari pihak sekolah dan responnya mengecewakan. Guru penyelia petang begitu beria-ia menyokong guru Bahasa Melayu tersebut dan mengatakan guru tersebut tidak menyentuh anak saya. Tiada permohonan maaf dari pihak sekolah sebaliknya anak saya dikatakan mengada-adakan cerita. Pihak sekolah meminta saya berbincang secara bersemuka (agaknya guru tersebut tidak faham MC dari IJN yang saya sertakan bersama surat tersebut). Saya katakan kepada beliau bahawa saya tidak sihat.

Guru tersebut berkata" En Zool seorang pendidik, En Zool mesti faham". Saya menjawab " Kerana saya seorang pendidiklah saya merasa amat-amat terkilan".

Sebagai pendidik, guru sepatutnya lebih perihatin dan apa salahnya memohon maaf? Tinggi sungguh ego mereka. Saya masih terkilan.

Dan Eisya terus menjadi mangsa "perli" beberapa orang guru selepas surat "POWER" itu.

Rabu, 4 November 2009

Peristiwa besar dalam hidup saya

16 Oktober 2009
Saya dimaklumkan oleh tuan Pengarah Kampus UiTM Perak bahawa saya dinaikkan pangkat ke jawatan pensyarah kanan UiTM bermula 1 Oktober 2009. Alhamdulillah. Petangnya kami sekeluarga telah bersiap-siap untuk ke Langkap untuk menghadiri majlis perkahwinan Amy (anak abang Azam) & Sham. Kami bercadang untuk bermalam di hotel berhampiran Langkap.

Pada masa yang sama saya merasa tidak "selesa" ketika bernafas. Nafas pendek. Saya maklumkan kepada Wardah dan terus ke klinik berhampiran. Di klinik doktor mendapati "airflow" di paru-paru sebelah kanan saya tidak normal dan beliau megnarahkan saya melakukan X-Ray di Hospital Batu Gajah.

Pukul 8 malam melalui keputusan X-Ray doktor mengesahkan saya diserang pneumothorax sekali lagi. (Saya pernah diserang spontaneous pneumothorax pada 06/06/2006). "Chest tube" dimasukkan ke dada sebelah kanan saya sedalam 10 - 15 cm (suatu proses yang menyakitkan) untuk mengeluarkan udara yang menghimpit paru-paru saya. Kemudiannya saya dihantar ke Hospital Besar Ipoh dengan ambulan.

20 Oktober 2009
Setelah 4 hari bermalam di Hospital Besar Ipoh doktor pakar memaklumkan bahawa "chest tube" tersebut tidak dapat dicabut kerana pneumothorax itu kembali terjadi. Rawatan susulan perlua dibuat sama ada di Hospital Pulau pinang atau IJN. Doktor pakar tersebut membuat keputusan supaya saya ke IJN kerana takut-takut berlaku komplikasi lain. Mengikut kata doktor pakar tersebut ruang di antara paru-pau dan tulang rusuk sebelah kanan saya mungkin terdapat kebocoran dan proses "wax" atau tampalan melalui video-assisted thoracoscopic surgery (VATS).

23 Oktober 2009
Pakar bedah IJN memaklumkan kepada saya prosedur yang akan dilakukan. Prosedur ringkas "fastrack" di mana selepas pembedahan VATS saya akan dimasukkan ke wad semula. Pakar bedah tersebut turut menjangkakan sekiranya terdapat masalah pada diafragma pembedahan ini akan lebih kompleks.

24 Oktober 2009
Saya dapati diri saya di ICU. Pakar bedah tersebut memaklumkan kepada saya yang diafragma saya bermasalah (ianya lembik seolah-olah saya baru mengalami kemalangan dengan impak yang kuat). Pembedahan membetulkan (repair) difragma dilakukan.

25 Oktober 2009
Saya diberi morphin secara berterusan selama 4 hari. Kesannya, saya tidak ingat kebanyakan peristiwa yang berlaku pada hari-hari tersebut.

2 November 2009
Saya dibenarkan pulang ke rumah. Rawatan susulan di IJN pada 11/11/2009. Untuk 6 minggu berikutnya saya hanya boleh tidur dalam posisi berbaring 45 darjah dan tidak boleh mengangkat bebanan melebihi 3 kg.

Kepada ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya, terima kasih kerana menziarah dan mendoakan kesejahteraan saya.

Selasa, 3 November 2009

16 Oktober 2009 - 2 November 2009

16 - 20 Oktober 2009 Hospital Besar Ipoh

21 Oktober - 2 November 2009 Institut Jantung Negara

Discaj 2 November 3:00 petang

Selasa, 13 Oktober 2009

Ibu dan Facebook



Ibu..... Facebook......
Hubungannya erat sekali
Setiap hari
Sehabis mandi
Selesai makan
Sehabis apa pun

Dalam hatiku aku berfikir
Mahu kemanakah gerangannya ia?

Notebook!

Tapi apa yang selalu dia lihat di notebook?
Facebook!

Setiap hari tawanya menggema
Sampai bilakah hubungan erat
Antara ibu dan facebook?

Mungkin sampai akhir hayatnya
Notebooknya akan dibawanya ke syurga.

Rabu, 7 Oktober 2009

Pelajar AC3A beraya di rumah saya








"En. Zool minta alamat, kami nak beraya kat rumah encik."


"Berapa orang yang nak datag?"


"lebih kurang 25 orang"


Sabtu lepas lebih kurang 18 orang pelajar semester 3 Diploma Perakaunan datang ke rumah saya untuk beraya. Mereka merupakan pelajar yang mengikuti kursus MAF220 (Costing 1). Jumlah pelajar di dalam kelas tersebut melebihi 40 orang tetapi tidak semua datang. Kebanyakan dari mereka balik bercuti di rumah masing-masing.


Mereka merupakan antara pelajar-pelajar saya yang baik dari segi perlakuan, tatacara dan menghormati orang yang lebih tua. Wardah dan saya berasa senang menerima mereka sebagai tetamu.


Menu: Kuey Tiau Sup Daging (dan aweh-awehnya), Agar-agar jagung, kuih raya dan Air Berry.


Sambal kicapnya pedas dari biasa menyebabkan ramai di antara mereka kepedasan.

Ahad, 27 September 2009

Menu istimewa untuk tetamu istimewa

Anak-anak Sue

Anak Sue yang bongsu (setakat ini)

Kali terakhir bertemu dengan Sue masa Sue melahirkan bayi kembarnya. Kini bayi kembarnya telah berusia 4 tahun. Pagi 5 Syawal saya menerima SMS dari Sue. Dia berada di rumah kakaknya yang tidak jauh dari kawasan rumah saya. Pada masa itu saya berada di rumah abang Hamdan. Saya meminta Sue untuk datang ke rumah saya pagi 6 Syawal (beraya sambil bersarapan). Petang itu kami bergegas ke TESCO Ipoh membeli barang keperluan. Menu: Cheezy Spaghetti Meatball, nugget, kuih raya dan air sirap (air wajib saya).

Sue merupakan rakan sekelas saya semasa di SEMESTI dan rakan sebilik Wardah. Orangnya peramah dan baik hati. Semasa di ITM Perlis Sue mengambil program Diploma Perbankan (saya mengambil program Diploma Perakaunan). Sue baru melahirkan anak sebelum Ramadhan.

4 & 5 Syawal

Aimi, Chu, Hanis, Huda dan Shida

Yeop (sepupu), Kak Jan (isteri Yeop), Kak Nah (isteri Cho), Shida (anak Yeop) dan Aimi

Liza (menantu Abang Hamdan), Wardah, Udi dan Fathy
Eisya, Sarah dan Nurul (anak Udi)

4 Syawal
Kami sekeluarga pulang ke Seri Iskandar awal pagi kerana singgah beraya di rumah Mak Saudara di Teluk Intan (Nyah Mon). Lebih kurang tengahari kami sampai di Seri Iskandar dan mendapat panggilan dari Huda (adik saya) yang menyatakan hasrat untuk beraya pada petang tersebut. Abang Teh (abang saya) dan Yeop (sepupu saya) akan turut serta (2 buah kereta dan sebuah MPV). Kami dengan segera mereka juadah yang sesuai.

Kemudian kami menerima satu lagi panggilan dari Udi (anak Allahyarham Abang Sapuan, abang ipar saya) yang nak singgah beraya malamnya. Udi dari Pulau Pinang beraya di rumah adik-beradik suaminya. Abang Hamdan dan anak-anaknya dari Ipoh ingin turut serta kerana Udi tak sempat nak beraya di Ipoh di rumah abang Hamdan (1 kereta dan 1 MPV). Menu apa yang sesuai?

Bihun Tom Yam, nasi putih, telur dadar, kuih raya, air sirap dan teh panas. Abang Hamdan turut membawa bekalan makanan tambahan (mi rebus ramli (terkenal di ipoh), roti nan, capati, keropok lekor dan sebagainya). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan.

Kak Andak & Siti

Wadi, Andak, Kak Andak, Aliya dan Siti

Amru Al-Qais dan Ahnaf Al-Qais

5 Syawal
Malam 4 Syawal, Siti (adik saya) menyatakan hasrat untuk beraya di rumah kami. Siti beraya di Kedah (rumah mertuanya). Sebelum ke rumah saya Siti nak berya di rumah Andak (abang saya) di Siputeh (14 km dari rumah saya). Saya terus menelefon Andak mengajaknya untuk datang ke rumah saya bersama-sama Siti. Saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk beraya di rumah Andak bersama-sama Siti. Menu: Bihun Goreng Udang, Nugget Dragon Ball, Nugget Tempura, kuih raya dan air sirap.

Budaya ziarah-menziarahi ini merapatkan lagi ikatan kekeluargaan kami. Saya berdoa semoga ianya akan berterusan. Amin